SharpShooter Followers

Tuesday, April 17, 2012

31,000 pengundi dipindahkan bukan 19,000 - YB @fuziah99

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.
Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Ketika memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat 16 April lalu, Abdul Aziz juga berkata pemindahan itu bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga membabitkan 19,342 pengundi.

“Alasan SPR ada asas tetapi tidak konsisten. Contohnya pemindahan Tan Sri Khalid di Seksyen 16 (Petaling Jaya) dikatakan dibuat mengikut persempadanan semulajadi iaitu jalan yang memisahkan antara Petaling Jaya Selatan Lembah Pantai.

“Tapi apabila saya tunjukkan kem tentera Batu 9 di Kuantan, di mana ia tak sepatutnya masuk di kawasan parlimen Pekan, SPR tak boleh jawab,” katanya.

Beliau juga memberikan contoh Pusat Bekalan Polis Shah Alam iaitu lokasi secara fizikal terletak di DUN di Seri Setia di Parlimen Kelana Jaya, tetapi seluruh pengundi mengundi di Subang.

Begitu juga kawasan Saujana Resort dalam DUN Seri Setia dipindahkan ke DUN Kota Damansara dan parlimen Subang,

“Jadi logik yg digunakan tidak boleh pakai sebab jelas kedudukannya ialah di dalam Seri Setia,” katanya.

Menurut Fuziah, KEADILAN juga bimbang SPR cuba untuk menutup penipuan mereka apabila tidak mempamerkan senarai 106,255 pengundi yang telah meninggal dunia dari Disember 2010 hingga September 2011.

“Kalau tak pamer, macam mana kita nak tahu mereka sudah mati? Lagipun data yang kita ada ialah 70,000. SPR tak jelaskan status dan mengatakan tiada kuasa untuk memotong nama mereka. Pada saya tindakan SPR tidak telus langsung,” ujarnya.

Sebab itu katanya, himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah satu-satunya jalan untuk mendedahkan penipuan SPR kepada rakyat.

“Kita mahu timbulkan kesedaran kepada seluruh dunia berkenaan SPR tidak ada kesungguhan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih. PSC tidak ada komitmen untuk membersihkan daftar pemilih. Bersih bertujuan untuk timbulkan kesedaran kepada rakyat supaya bangun untuk menuntut hak mereka,” kata beliau.

Video Sidang Media SPR semalam...hanya orang yang bodoh macam lembu akan percaya cakap SPR....




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/