
"Kerajaan Negeri memberi sumbangan pendidikan RM100 kepada pelajar kerana mereka mempunyai lebihan keuntungan. Jangan sekat pelajar terima bantuan ini sebab ia bukan (bermotif) politik.
"Kalau Umno ikhlas nak tolong pelajar, cadangkan lebih banyak lagi sumbangan pendidikan langsung kepada pelajar-pelajar seolah ini (Program Anak Emas)," ujarnya petang tadi, di Komtar, George Town.
Beliau berkata, parti pembangkang itu seharusnya lebih demokratik serta mengubah cara berfikir sekiranya mahu mendapatkan kembali sokongan rakyat, khususnya Melayu di negeri berkenaan.
"Umno seharusnya terima senario yang wujud sekarang (iaitu) dia adalah pembangkang. Dia patut menerima persaingan dengan melakukan lebih banyak lagi kebajikan.
"Adalah lebih afdhal sekiranya Umno Pulau Pinang memikirkan (kaedah) untuk mendapatkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional jika parti itu benar-benar kuat, bukan ugut pentadbiran sekolah tertentu supaya boikot program yang menguntungkan rakyat (serta) anak Pulau Pinang," ujarnya.

Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/