SharpShooter Followers

Monday, April 09, 2012

Sian wanita umno, tiada yg layak ganti mamee ijat

NAJIB MENTERI WANITA : SINDIRAN BUAT WANITA UMNO

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa beliau akan memangku jawatan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil yang telah tamat tempoh senatornya semalam, merupakan satu langkah kebelakang dalam memperkasakan usaha penglibatan 30% wanita diperingkat pembuat keputusan,
malah merupakan satu sindiran kepada seluruh wanita di Malaysia terutamanya Wanita
UMNO.

Lebih sejuta ahli Wanita UMNO termasuk Puteri UMNO, tiada seorang pun wanita yang
difikirkan layak oleh Perdana Menteri untuk memangku portfolio Kementerian Wanita itu
sendiri.

Harapan baru untuk Wanita UMNO melakukan perubahan dalaman di peringkat parti gagal apabila Najib terus merestui Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dikala beliau meninggalkan portfolio Kerajaan. Tambah malang lagi apabila Najib tidak berani dan tiada political will untuk meletakkan seorang tokoh wanita yang layak untuk memegang jawatan
Menteri Wanita. Ini menunjukkan Wanita UMNO ketandusan kepimpinan wanita.

Tindakan Najib ini juga memperlihatkan kepimpinan beliau yang lemah dan tiada hala tuju yang jelas. Apakah Wanita UMNO sanggup dipimpin oleh seorang pemimpin yang lemah, dan tidak memperjuangkan kepentingan wanita walaupun diperingkat parti, apatah lagi di
peringkat Kerajaan?

Saya menyeru agar wanita secara keseluruhannya terutamanya Wanita UMNO agar
melakukan perubahan kepimpinan demi masa depan yang lebih baik buat wanita
di Malaysia. Perjuangkan kepentingan dan masa depan wanita, jangan biarkan nasib dan kepentingan wanita diketepikan dan dianaktirikan.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone