SharpShooter Followers

Monday, April 02, 2012

Beranikah Shamsul Iskandar terima saman Pak Menteri?







Minggu lalu Pak Menteri Jamil Khir memberi tempoh 14 hari kepada Ketua AMK Shamsul Iskandar untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan atau menerima saman atas dakwaan memfitnah beliau melalui siaran TV1 secara langsung "Bicara Rakyat".

Ramai yang ternanti-nanti episod baru ini, adakah Shamsul Iskandar akan memohon maaf atau berpegang kepada kenyataannya dalam program "Bicara Rakyat" seperti video di atas. Wah menarik episod ini..sharpshooter percaya sudah pasti Shamsul Iskandar selaku Ketua Amk Malaysia akan berpegang kepada prinsip "lawan tetap Lawan"..

Pilihanraya Umum semakin hampir, semakin hampir semakin panas ekzos umporno sepanas ekzos Sialfool...lawan tetap lawan..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.

NONEJamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu...difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam TV yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat Yan.

- Bernama

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat(Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/