SharpShooter Followers

Tuesday, April 24, 2012

Syyy...Kalau dah bodoh pun janganlah sampai rakyat tahu kamu memang bodoh...

Syyyy...kalau dah bodoh pun janganlah sampai rakyat tahu kamu bodoh macam lembu...sebodoh-bodoh lembu mamee ijat pun dah tinggal di kondo..rakyat sekarang tak sebodoh itulah....

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan juga berkata beliau sedia mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemerhati pilihan raya luar negara, susulan daripada jemputan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menjemput kumpulan pemerhati berkenaan.

"(Pemerhati) sepatutnya datang melalui SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Saya akan jelaskan kepada mereka," katanya.

Tengku Adnan berkata, jemputan itu dibuat Anwar melalui satu surat kepadanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Sebenarnya kita sebagai rakyat juga memainkan peranan penting bagi menyatupadukan bangsa dari berpecah belah. Kita tidak seharusnya berpeluh tubuh sahaja, suarakan pendapat kita, kita punya hak sebagai rakyat ! Ayuh lah kita bersatu ! Rakyat bersatu, negara pasti aman damai. Ayuhlah bersatu !

يُخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ اُمَّتِيْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لاَتَجَاوِزُ صَلاَتِهِمْ تَرَاقِيَهُمْ

“Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”.
(Hadis Riwayat Muslim No. 1066)

Post a new comment

Comments by