Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak
membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir
mempertahankan diri di mahkamah
Pemimpin PAS hari ini menggesa pengguna jalan raya supaya tidak
membayar saman yang dikeluarkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES)
sebaliknya menasihati mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan
pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua
yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi
mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." kata
naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media hari ini.
Beliau turut berkata Pakatan Rakyat (PR)
bersedia untuk menyediakan peguam bagi mewakili individu yang memilih
untuk membawa kes ke mahkamah.
Semalam, PR berkata mereka akan menangguhkan kesemua kelulusan
pelaksanaan AES di empat negeri yang mereka perintah iaitu Pulau Pinang,
Selangor, Kedah dan Kelantan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai
dan kajian lebih mendalam.
Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata langkah yang
diambil oleh PR ini bermakna sebanyak 331 daripada 831 kamera AES yang
dirancang untuk dibina seluruh negara tidak akan dilaksanakan.
Kamera
AES tersebut yang digunakan untuk mengecam kenderaan yang laju dan
melanggar lampu isyarat ketika ini masih dalam pelaksaan fasa awal yang
telah diletak di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk
membantu orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.
"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.
"Jika
kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima
saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut
arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE
sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada
sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena
itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan orang ramai
apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi
kesalahan pengguna jalan raya itu adalah melebihi had laju.
"Seksyen
ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat
lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah
RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.
"Mengikut
seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara
mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi
RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru,
oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," katanya yang juga Naib
Presiden PAS.
Sementara itu Penasihat Undang-undang KASE Zulazmi
Shariff mendakwa, pihak syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd
yang menguruskan kamera AES itu menggunakan kenderaan menyerupai
penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
"Maklumat
yang diterima dua syarikat ini menggunakan kenderaan syarikat jenis
Frontier yang mempunyai warna dan logo yang menyerupai kenderaan JPJ.
"Ini
satu bentuk penyamaran. Saya minta JPJ jawab perkara ini kerana kita
tidak mahu ada pihak sewenangnya melakukan sekatan jalan raya dengan
menggunakan kenderaan yang menyerupai pihak berkuasa," katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
7 hours ago