Sim Tze Tzin mengadakan siang media di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town tengah hari tadi senegara menunggu calon PR lain membuat aduan penyelewengan pilihan raya |
"che'GuBard" atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin yang bertanding di Sungai Acheh dan Syed Mikael Rizal Aidid (Dun Bertam) dilaporkan membuat laporan berasingan di pejabat SPRM Pulau Pinang dekat Seberang Perai.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin selaku jurucakap mereka berkenaan berkata, kesemua aduan sama itu dibuat berdasarkan Seksyen 10A Akta Kesalahan Pilihan Raya (Rasuah).
"Aduan ini berkenaan rasuah (iaitu berupa) sogokan duit sama ada sogokan atau 'aku janji' secara bersyarat atau tanpa bersyarat semasa pilihan raya, sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya," kata Tze Tzim di sini.
Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Abdul Rashid Hasnon
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/