SharpShooter Followers

Friday, May 10, 2013

Belum pun seminggu..Cukai GST sudah dikenakan..

Belum pun seminggu BN menang Pilihan Raya Umum ke-13, rakyat dihukum dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan itu sebagai padah yang diterima rakyat kerana mengundi BN dalam PRU lalu walaupun Pakatan Rakyat secara tegas memberi jaminan akan menghapuskan GST sekiranya memerintah Putrajaya.

"Daripada tahun lepas semasa sidang Dewan Rakyat, kerajaan beritahu mereka tiada pilihan selain mengenakan cukai kepada rakyat sehingga enam peratus, jika tidak negara akan bankrap.

"Disebabkan rakyat sudah pun memilih BN, jadi mereka tidak perlu mengeluh dan inilah padahnya yang akan mereka terima," katanya kepada Keadilan Daily.

Katanya, walaupun kenaikan enam peratus, namun jika dihitung dengan keseluruhan setiap hari, seseorang rakyat terpaksa membayar 66 peratus cukai yang dikenakan kerajaan.

"Daripada bangun tidur, berus gigi, sarapan, pergi kerja, balik kerja, bak kata setiap apa yang dibuat akan dikenakan cukai.

"Ini namanya kerajaan zalim, keterlaluan mahu 'hisap darah' rakyat. Semuanya terpaksa ditanggung mereka," ujar Abdullah yang juga Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN.

Beliau juga hairan sikap rakyat yang masih 'berminat' memberi sokongan kepada BN walaupun mereka tahu akan menanggung beban itu.

"Rakyat yang pilih BN agaknya reda dengan kenaikan harga barang dan cukai. Bermakna mereka sokong BN sokong untuk harga naik.

"Saya tidak hairan kalau lepas ini pula harga minyak juga akan naik. Jadi terima sajalah kerana anda sokong BN," katanya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
yombongsaging's avatar

yombongsaging · 620 weeks ago

sebenarnya mereka berjaya mmperbodoh rakyat dgn beri rasuah satu malaysia(BR1M) termasuk umpan2 pada hari pembuangan undi..
Dah 56 thn Tv dikawal oleh UMNO. Hari2 dengar propaganda. Kalau beri peluang kpd Pakatan Rakyat bersiaran di tv, dah lama BN terlungkup. Boleh tak Pakatan Rakyat buat stesyen TV milik Pakatan? Di Johor kami dapat lihat siaran tv Indonesia dan Singapura.Kalau dapat usahakan satu channel pun dah cukup baik.
Suke tak ? Sukeee.

Post a new comment

Comments by