SharpShooter Followers

Friday, May 31, 2013

Larang rakyat Malaysia pulang tak masuk akal

Sharpshooter - Tegur pemimpin negara bukan bermakna hina Malaysia, adakah ketika Mahathir ke luar negara mengkritik Perdana Menteri pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman bermakna Mahathir juga hina Malaysia? Rakyat bukan bodoh sekarang...

Jika diikuti kenyataan sombong, bongkak dan biadap Zahid Hamidi..."tak suka undang-undang Politik Malaysia..sila keluar..!!! Amboi sombongnya pak menteri nie...JIKA TAK SUKA UNDANG-UNDANG ALLAH...SILA KELUAR DARI BUMI ALLAH...HANG NAK DOK TANG MANA WAHAI PAK MENTERI JIKA ALLAH BERFIRMAN BEGITU...?

Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad mahu melarang rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanahair tidak mempunyai asas moral, undang-undang dan pentadbiran.

“KEADILAN mengutuk kenyataan Alias yang melanggar salah satu hak paling asas sebagai seorang warganegara,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Tegasnya, Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara dengan menggunakan kuasa pentadbiran.

“Kritikan terhadap kerajaan tidak sama dengan kritikan terhadap negara. Di seluruh pelusuk dunia, rakyat Malaysia mahu perubahan terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

“Suara mereka perlu dirai, bukan dijauhi,” tegas Adun Seri Setia itu lagi.

Pada 27 Mei lalu, Alias berkata pihaknya tidak teragak-agak melarang mereka memasuki negara bagi tempoh tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 dengan menyenarai hitam dan membatalkan pasport mereka.

Kenyataannya sebagai ketua jabatan di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bercanggah dengan konsep perdamaian (reconciliation) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah tibanya Najib dan Zahid berhenti mendera dan menyalahguna institusi kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka,” bidas Nik Nazmi.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/