SharpShooter Followers

Friday, May 03, 2013

Pesanan khas Anwar kepada penjawat awam

Penjawat awam yang dihormati sekalian,

Alhamdulilah, saya berucap syukur kehadrat ilahi kerana telah diberi kesempatan sekali lagi untuk mewarkahkah penghargaan serta ingatan saya kepada tuan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian, setelah hampir 15 tahun saya meninggalkan sektor awam. Di sektor awamlah, saya membentuk pengalaman serta nilai jatidiri saya sebagai seorang insan, bapa, ketua keluarga dan seterusnya, negarawan. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang.

Sejak Malaysia ditubuhkan lebih kurang 55 tahun yang lalu, rakyat telah terhutang budi kepada para penjawat awam yang telah amat berjasa kepada negara serta menjadi teras kepada pembangunan negara. Hari ini, dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang, iaitu hampir 5% daripada keseluruhan warga Malaysia, peranan dan sumbangan sektor awam kepada negara dilihat amat kritikal sebagai benteng yang menyelamat, dan institusi yang membentuk generasi akan datang.

Namun, saya sedar bahawa di sebalik kata-kata manis dan peringatan oleh kerajaan agar penjawat awam mengenang jasa dan berterima kasih kepada BARISAN NASIONAL , penghargaan yang selayaknya diterima para penjawat awam sering dipinggirkan. Tambah mendukacitakan apabila para penjawat awam sering dibelenggu oleh campurtangan politik, isu kemajuan kerjaya dan juga kebajikan.

Tuan-puan yang dihormati sekalian,

Campurtangan politik ini sudah membarah dalam institusi kerajaan dan makin melemahkan integriti institusi negara. Ia juga menyebabkan penjawat awam diperlecehkan atau menjadi mangsa salahguna kuasa dikalangan ahli politik.

Tanpa segan, golongan ahli politik ini melanggar etika dengan menggunakan tenaga penjawat awam untuk kepentingan peribadi atau parti dengan anggapan tanggungjawab penjawat awam adalah untuk berkhidmat kepada parti politik pemerintah. Sudah pasti para penjawat awam yang budiman sekalian merasa marah, sakit hati dan kecewa kerana saya yakin dan percaya para penjawat awam telah memilih untuk berkhidmat untuk negara dengan niat yang ikhlas tetapi dikecewakan oleh mereka yang kita hormati dan percayai. Maka perlu ada usaha untuk membersihkan sektor awam daripada pengaruh politik serta mengembalikan integriti institusi kerajaan.

Perkembangan kerjaya para penjawat awam tidak pernah diberikan penekanan yang setimpal dengan iltizam yang ditunjukkan oleh para penjawat awam. Sejak akhir-akhir ini proses kenaikan pangkat tidak diberikan berdasarkan kepada prestasi kerja sebenar tetapi lebih kepada kebijaksanaan tuan-puan semua "menjaga hati" pegawai atasan .

Lebih mengecewakan lagi apabila ramai di kalangan penjawat awam termasuklah pemegang ijazah atau pasca-siswazah yang terpaksa berlapang dada dengan jawatan di bawah tahap kelayakan masing-masing. Kemelut Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SSBPA) yang berlaku pada tahun 2012 adalah contoh kegagalan kerajaan yang tidak boleh dimaafkan. Bahkan ianya adalah bukti jelas, kurangnya iltizam di pihak Kerajaan untuk membantu mengembangkan kerjaya penjawat awam .

Sungguhpun penjawat awam telah menabur bakti dan tenaga untuk negara, sayangnya, kebajikan tuan-puan dipinggirkan. Isu perumahan untuk penjawat awam tidak diberi fokus dan keuntungan pemaju lebih diutamakan. Elaun yang diterima sekarang sudah tidak lagi bersesuaian dengan kos hidup semasa. Kerajaan BARISAN NASIONAL terbukti tidak peka dan responsif terhadap keperluan penjawat awam.

Tuan-puan, harapan bangsa sekalian,

Pada 5hb Mei ini, tuan-puan mampu mengubah keadaan. Tuan-puan boleh menjadi pencetus kepada perubahan dalam sektor perkhidmatan awam dan janganlah disia-siakan peluang ini. Setelah 55 tahun, tuan-puan memberi peluang kepada kerajaan BARISAN NASIONAL memperkotak-katikkan perkhidmatan awam, sudah tiba masanya tuan-puan menggunakan kuasa undi tuan-puan untuk mengubah keadaan negara, amnya dan perkhidmatan awam, khasnya.

Tuan-puanlah nadi perubahan.

Tanpa sokongan tuan-puan, segala usaha membawa perubahan kepada negara kita yang tercinta ini tidak akan dapat diteruskan.

Undilah untuk perubahan. 

Yang Ikhlas,

Dato Seri Anwar Ibrahim 



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Jangan nak tunjuk baiklah. Masa awak sebagai TPM dan Menteri Kewangan dulu adakah ambil tahu kebajikan pegawai kerajaan khususnya perkhidmatan awam. Masa tu saya kat Treasury, awak asyik fikirkan saham untuk kroni dan jawatan untuk keluarga saja. Kenapa sekarang baru sibuk nak ambil tahu. Sudahlah.
1 reply · active 621 weeks ago
Cam xboleh percaya jer. Kalau betul apasal masih ramai yg sokong DSAI? Ke ko yg sakit hati sebab xdpt nk bodek2 dia utk naik pangkat time tu. Hahaha whateva la. Yg penting aku yakin nasib penjawat awam akan lebih baik di bawah PR. Bukan Anwar seorang jer yg menerajui pimpinan PR malah ramai lapisan2 muda PR yg dpt membantu beliau menjana perubahan yg lebih mantap dlm sektor awam. Inikalilah!
PERINGATAN SEBELUM MENGUNDI:

MELAYU BERPECAH, MELAYU AKAN RUGI. KALAU SUKA BERDEMONSTRASI, NANTI YANG AKAN MATI ADALAH UMAT MELAYU DAN PASUKAN KEAMANAN MELAYU.

PENGANJUR DEMONSTRASI TIDAK AKAN MATI SEBAB MEREKA DUDUK JAUH-JAUH, RAKYAT JUA AKHIRNYA JADI TERBUAI, GHAIRAH, MELAMPAU,CEDERA DAN MATI.

MELAYU HARUS KEMBALI BERSATU DALAM BARISAN NASIONAL. BILA MELAYU BERPECAH, MUSUH AKAN BERSORAK. NEGARA KECIL SINGAPURA JUGA AKAN BERTEPUK TANGAN.

INILAH NEGARA ISLAM CONTOH SELURUH DUNIA,OLEH ITU BANGSA MELAYU WAJIB BERSATU ATAS RASA KESYURUKAN NIKMAT DAN RAHMAT ILAHI DIBAWAH BARISAN NASIONAL. KALAU ADA YANG TIDAK KENA DENGAN TINDAK TANDUK BARISAN NASIONAL, PARTI KOMPONENNYA DAN PEMIMPINNYA, KITA WAJAR BETULKAN SELEPAS PRU13.

UNDI BARISAN NASIONAL ATAS RASA KESYUKURAN..!!! !!!
1 reply · active 621 weeks ago
Mati berjuang kerana menegakkan keadilan adalah lebih mulia daripada hidup mempertahankan pemimpin barisan yang korup dan tidak berintergriti. Melayu dan Islam tidak untung bersama barisan national. Imej Islam melayu barisan national adalah dihiasi dengan budaya yang buruk termasuk video porno . Inikah negara islam contoh seluruh dunia. Jangan dok perasan. Moga Allah memberi hidayah kepada anda memahami apa sebenarnya perjuangan menegakkan negara islam contoh dan bagaimana cara seorang muslim menunjukkan kesyukuran. Salam
kalau zaman tenku abdul rahman dulu ,,,aku caya lah ,,,waktu tu susu tepong bantuaan kerajaan sampai didepan pintu,,,,, itu contoh je,,, lah ni semua bebayar,,, yang pecah belah kan melayu ni sapa,,,, PKR baru je ditubuhkan lingkungan 15 tahun,,,,so ngapa dulu tak buat penyatuan melayu lebih awal sejak PAS ber ada dalam barisan,,,,??? yang selalu dilaungkan tiap tahun kat persidangan umno,,,, tidak lain ,PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI,,,, untuk melayu,,, so nampaknya umno tak mampu menyatukan umat melayu seluruhnya,,,,,,,, tapi PAKATAN RAKYAT berazam untuk menyatu seluruh rakyat malaysia menyeluruh,,, kan elok,,,,, apa masaalah lagi,,, makluman tuan,,,, sayang semuanya sudah terlambat,,,,, kami rakyat malaysia sudah pun membuat pilihan untuk menyokong dan seterusnya mengundi pakatan rakyat,,,,nokhta.
jubur Babi...lakhnatullah...
1 reply · active 621 weeks ago
abu, abcd
pemerhatidariluar's avatar

pemerhatidariluar · 621 weeks ago

kesimpulannya 2X5 = 5X2.......sama saja BN atau PR...
bersyukurlah's avatar

bersyukurlah · 621 weeks ago

kata BN rasuah....PR pun ada rasuah, masalah moral BN...PR pun ada masalah moral...kroni pun ada pada kedua-dua....salah guna kuasa....pun sama saja...so sama-sama berdiri dan nyanyi lagu....."kita serupa....kita serupa'''
yang lebih teruknya orang di bawah yang terlebih "over"......pemimpin PR dan BN tidur lena

Post a new comment

Comments by