Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan
telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan
mengenakan caj yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.
Orang ramai
diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar
negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081
(missed call/panggilan yang tidak dikenali).
Panggilan tersebut boleh
membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).
Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut
mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti
atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri anda menjadi
mangsa jenayah siber!
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/