AMK Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.
Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.
AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihanraya. Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini.
Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak.
AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini.Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
1 hour ago