PAS melantik Naib Presidennya, YB Dato' Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.
Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga
memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya
umum ke 13.
"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik
mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr
Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP),
Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada
Harakahdaily.
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.
Mesyuarat
yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.
Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.
Mahfuz
menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas
pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.
Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.
Namun
begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik,
Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.
Post
morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS
di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan
yang berlaku.
PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com
Jika anda ada maklumat untuk dikongsi bersama sila emel ke dijaabadi@gmail.com
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
1 hour ago