Rata-rata calon-calon Pakatan Rakyat telah bertungkus-lumus cuba memenangi hati setiap pengundi. Petugas-petugas sukarela seolah-olah bekerja tanpa tahu detik waktu. Dengan waktu mengundi kurang 24jam dari sekarang, mood rakyat nampaknya amat memberangsangkan sokongan kepada PR. Setiap ceramah dikerumuni baik jauh atau dekat, setiap lawatan calon mendapat sambutan.
Namun, BN tidak kurang dengan kerja senyap mereka. Ambil contoh di Putrajaya, setelah kering modal menurunkan BEKAS PM yang bersara, BEKAS PM dan TPM parlimen terbubar, malah calon BN sendiri setelah seperti ditolak, BN menggunakan tektik ceramah kelompok, MENYASARKAN GOLONGAN KAKITANGAN BUKAN PEGAWAI di sekitar perumahan kerajaan di putrajaya.
Mereka menurunkan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan penjawat-penjawat awam bukan pegawai ini bagi membantu berkempen dan menyatakan tawaran-tawaran dari BN dan dalam masa yang sama menolak tawaran PR. Selain itu kenyataan-kenyataan sokongan itu dapat dilihat di blog CUEPACS http://cuepacs.blogspot.com/ .
Kenapa BN mengubah golongan sasar kempen? Kerana golongan penjawat awam bukan pegawai mewakili sekurang-kurangnya 70% dari jumlah pengundi dari jumlah keseluruhannya.
Apa antara tawaran-tawaran mereka? Perumahan rakyat 1Malaysia (PRIMA). Mereka diwar-warkan dengan rumah yang murah, tapi pinjaman masih dengan faedah, bandingkan dengan tawaran PR, pinjaman yang akan diberi TANPA faedah, maka penjawat awam ini secara tidak langsung dapat membeli rumah yang lebih besar yang sama nilai dengan pinjaman BERFAEDAH BN.
Mengapa mereka disasarkan? Dari kajian BN, mereka merasakan golongan bukan pegawai ini terutama golongan sokongan gred 22 ke bawah ini kurang mendapat akses internet dan mudah ditakut-takutkan. sampai dikeluarkan bermacam pekeliling untuk menakut-nakutkan golongan ini.
HARAP DENGAN MASA BERBAKI KURANG 12JAM UNTUK BERKEMPEN, PAKATAN DAPAT MEMENANGI HATI GOLONGAN-GOLONGAN INI DAN MAKLUMAT-MNAKLUMAT TAWARAN PR MASIH TERSAMPAI PADA MEREKA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
1 hour ago