SharpShooter Followers

Tuesday, February 09, 2010

AMK P.Pinang desak Zahid Hamidi letak jawatan

Utusan Meloya hari ini siarkan berita bahawa UMNO bantah cadangan lantik Mansor pengerusi PUZ.

Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini. berita lanjut di sini.

Rizal Hamid selaku Ketua Penerangan AMK P.Pinang menegaskan bahawa AMK P.Pinang berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya cadangan perlantikan YB Mansor Othman sebagai Pengerusi PUZ Negeri P.Pinang kerana :-

1) Cadangan perlantikan YB Mansor Othman tidak melanggar mana-mana perlembagaan dan undang-undang dalam majlis agama Islam P.Pinang.

2) AMK P.Pinang percaya sekiranya YB Mansor Othman dilantik menjadi pengerusi PUZ yang baru, ia akan dapat memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam P.Pinang.

3) YB Mansor adalah seorang pemimpin yang paling layak menerajui PUZ kerana telah terbukti idea mewujudkan "TEKUN" untuk membantu peniaga kecil khususnya peniaga Islam yang memerlukan dana bagi mengelakkan mereka dengan kegiatan along. Ideanya itu diguna pakai sehingga kini oleh UMNO/BN (TEKUN NASIONAL).

AMK P.Pinang menegaskan bahawa Zahid Hamidi tidak perlu campur tangan dalam urusan pentadbiran P.Pinang.

Beliau seharusnya memberi tumpuan dan menyelesaikan masalah keselamatan negara yang lebih penting terutamanya isu enjin jet hilang dan kebocoran maklumat ketenteraan kepada negara luar. Isu ini lebih serius kerana ia melibatkan soal ancaman keselamatan negara.

Tuduhan bahawa kerajaan P.Pinang adalah 'kerajaan Zionis' juga adalah keterlaluan kerana kerajaan negeri P.Pinang yang baru tidak pernah berjumpa atau mengadakan perhubungan dengan Israel tetapi Zahid Hamidi pernah berjumpa dengan Menteri Israel dan BN pernah mengundang kumpulan Kriket dari Israel ke Malaysia. Jadi sekarang siapa 'Zionis"? Pakatan Rakyat atau BN?

Rakyat P.Pinang juga pada hakikatnya menolak perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang kerana kesan perlantikan beliau melambangkan UMNO ketandusan Pemimpin di P.Pinang.

Sehubungan dengan itu, AMK P.Pinang mendesak supaya Zahid Hamidi melepaskan jawatannya kerana gagal menjadikan UMNO sebagai Pengerusi BN P.Pinang menggantikan Parti Gerakan yang telah menyebabkan seolah-olah UMNO tiada maruah dan terpinggir walaupun UMNO menang 11 kerusi DUN di P.Pinang.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/