GEORGETOWN - Polis menafikan dakwaan kononnya tidak mengambil apa-apa tindakan dalam kes simbah asid dua kali melibatkan seorang mangsa, Eng Choon Tee di Johor dan Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya memang meneruskan siasatan tetapi belum memaklumkan perkembangannya kepada mangsa.
Oleh itu, beliau mengarahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng menziarah mangsa dan memberi maklum balas terperinci mengenai perkembangan kes.
“Polis juga akan memastikan keselamatan Choon Tee, 49, terjamin serta memantau agar suspek tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ayub berkata, seorang suspek direman pada Oktober tahun lalu selepas ditangkap di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebelum dituduh di mahkamah, suspek diserahkan kepada polis Johor untuk membantu siasatan kes pertama.
“Ketika dalam proses siasatan, tempoh remannya tamat dan dibebaskan dengan jaminan polis. Tetapi suspek melanggar syarat dengan menghilangkan diri. Kini polis giat mengesannya,” katanya.
Sehubungan itu, polis sedang mencari Gee Teik Beng, 50, untuk membantu siasatan.
Alamat terakhir di No 38, Lengkok Tembaga Park Island, Pulau Pinang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago