SharpShooter Followers

Monday, February 08, 2010

Saiful akan terberak di Mahkamah kali in.

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bakal menyaksikan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang minggu lalu menyifatkan bekas majikannya itu sebagai “idola” dan mengajaknya untuk adakan hubungan seks luar tabii.

Saiful, pengadu dalam kes ini, dijangka diperiksa balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan yang terdiri daripada Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran, Sankara Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini dijadual bermula kira-kira 9 pagi ini.

Dia merupakan saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Berdasarkan mesej menerusi ruang mikro twitter di blognya semalam, Anwar difahamkan telah mengadakan perbincangan dengan pasukan peguamannya selam tiga jam menjelang prosiding hari ini.

“Tinggalkan pasukan peguam teruskan kerja setelah tiga jam. Sitem perundangan tempang, pendakwaan jahat; namun persiapan kita harus rapi,” kata beliau.

Malah blognya juga memuatkan mesej bertajuk “Mari semarakkan api reformasi!!!” dengan mengajak penyokong-penyokongnya hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

“Pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi Dipenjarakan!” kata mesej itu.

Bagaimanapun sejak kes liwat kedua Anwar ini bermula Saiful tidak mengemaskinikan blognya.

Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden selesai dalam pemeriksaan utama ke atas Saiful, Jumaat lalu.

Mohd Yusof dibantu oleh timbalan-timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.

Dalam ucapan pembukaannya Selasa lalu, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar.

Saiful, 24, mula memberikan keterangannya dalam perbicaraan kes itu sejak Rabu lepas.

Pada hari pertama keterangannya yang mengejutkan ramai, Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan berkata, “Can I F*** You?”.

Saiful berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas dia dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit Kondominium Desa Damansara.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Sebahagian prosiding keterangan Saiful dijalankan secara tertutup sebelum dibuka kepada publik petang Khamis lalu.

Sebahagian intipati menarik sepanjang tiga hari pertama keterangan Saiful:

* Saiful serahkan polis seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levis, yang dipakai semasa kejadian dan baju kemeja hijau jenama G2000;

* Saiful juga serahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren, yang dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian;

* Saiful turut serahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya;

* Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil DNA;

* Saiful pergi ke kondominium tersebut dengan hanya perlu menyebut perkataan “Mokhtar” sebagai kata laluan;

* Saiful hanya bekerja dengan Anwar empat bulan iaitu awal Mac 2008 sehingga 28 Jun tahun 2008. Berhenti sebagai pembantu peribadinya kerana tidak sanggup lagi diliwat oleh majikannya itu;

* Saiful berhenti kerja kerana tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan;

* Mahkamah kemudian membenarkan perkataan “lagi” dikeluarkan;

* Saiful mula bekerja seminggu sebelum pilihan raya umum ke-12. Ditugaskan sebagai sukarelawan iaitu mengatur jadual perjalanan pilihan raya dan program pilihan raya bagi Anwar;

* Setelah dua bulan bekerja, iaitu pada April dia dilantik sebagai pembantu peribadi tetapi tiada surat pelantikan diberikan kepadanya;

* Selaku pembantu peribadi, empat tugas Saiful ialah mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ejen ahli-ahli Parlimen yang ingin lompat parti, membantu Ibrahim Yaakub iaitu pembantu khas Anwar bagi mengatur jadual Anwar, membuat filing dokumen sulit Anwar seperti penyata bank dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar pada setiap pagi seperti memeriksa SMS dalam telefon itu;

* Saiful dibayar gaji secara rasmi RM1,000 sebulan dan diberikan elaun ASD$1,000 dan HKD$10,000, bergantung pada lawatan yang diikutinya;

* Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Kuasa Elektrik Uniten terkandas kerana kerana gagal dalam peperiksaan;

* Saiful telah pergi ke tiga buah hospital, termasuk dua hospital swasta, untuk membuat pemeriksaan kerana sakit perut dan dubur. Dia juga tidak membuang air besar selama dua hari;

* Anwar dikatakan tawar bantuan kewangan untuk Saiful belajar; dan

* Mahkamah juga melawat kondominum itu dua kali minggu lalu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/