SharpShooter Followers

Wednesday, April 14, 2010

10 borang calon telah dijual di Hulu Selangor

Pengarah pilihanraya negeri, Dzulkifli berkata sebanyak 10 borang penamaan calon dijual kepada ejen atau wakil calon yang berhasrat bertanding pilihan raya kecil yang ditetapkan pada 25 April ini.

"Borang penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor dijual di dua pusat, Pejabat Pilihan Raya Negeri di sini dan Pejabat Pengurus, Pejabat Daerah Hulu Selangor. Ada juga yang membeli dua hingga tiga borang penamaan calon dari kedua-dua pusat ini," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu akan diadakan Sabtu ini di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Dzulkifli berkata sebanyak 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi serta 1,370 petugas terlibat dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas

Mungkinkah Hulu Selangor bakal menyaksikan pertandingan 10 penjuru hampir menyamai rekod 15 penjuru di Bukit Selambau?

Begitulah rentak politik di Malaysia yang sentiasa panas dan sensasi selepas PRU 12.

Sementara itu Samy Vellu juga berang kerana berita MIC berpecah dan bergaduh serta beberapa majlis terpaksa dibatalkan tersebar.

Siapakah calon MIC di Hulu Selangor? lobi-melobi makin panas dalam BN.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/