SharpShooter Followers

Friday, April 16, 2010

Isu roboh gerai haram di P.Pinang


KENYATAAN MEDIA

16 April 2010

TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang berat isu perobohan gerai-gerai haram yang telah dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian satu Jawatankuasa telah dibentuk.

Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman, turut dibantu oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas serta pegawai-pegawai kanan dari semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Hasil dari beberapa siri mesyuarat jawatankuasa ini telah merumuskan tindakan seperti berikut:

1. Gerai-gerai haram di atas tanah Kerajaan Negeri/persendirian yang boleh dirobohkan:

1.1) Gerai yang menerima banyak aduan.

1.2) Gerai yang didirikan atas tanah dalam cadangan untuk dibangunkan.

1.3) Gerai yang dalam rundingan untuk penempatan semula.

1.4 )Gerai yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kebersihan

dan alam sekitar.

1.5) Gerai yang beroperasi di sekitar tapak penjaja majlis/kompleks /pasar awam

1.6) Gerai yang berada 9 meter daripada persimpangan jalan raya

1.7) Gerai di kawasan sekolah dan hospital

1.8) Gerai di jalan-jalan protokol

2. Kategori Gerai Yang Boleh Dikompaun

2.1) Gerai yang tidak mematuhi syarat lesen

2.2) Gerai yang tidak berlesen

2.3) Gerai yang menghalang tempat awam

3. Kategori Yang Boleh dilesenkan

Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibenarkan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4. Kawasan-kawasan Cadangan Penjenamaan Semula (Re branding)

Pihak Berkuasa Tempatan akan mengemukan profile dan gambar bagi gerai/kompleks yang boleh dimajukan. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengiklankan semula senarai gerai-gerai yang tidak berdaya maju ini dalam bulan Mei akan datang. Berikut adalah antara kawasan yang akan dibuat penjenamaan semula (Re branding) ;

4.1) Jalan Terengganu (Projek Persekutuan)

4.2) Astaka Gelugor (Projek Persekutuan)

4.3) Kompleks dan Gerai Bayu Senja, Batu Feringghi

4.4) Moon Light Bay

4.5) Gerai di Gelugor

4.6) Sungai Setar Kechil

4.7) Gerai di Pekan Penanti

4.8) Tapak Penjaja Batu Maung

4.9) Pasar Jelutong

4.10) Tapak Penjaja Lebuh Cecil

4.11) Pasar Pulau Tikus

4.12) Pasar Air Itam

4.13) Kompleks Taman Pandan

4.14) Kompleks Taman Bunga Tanjung

4.15) Kompleks Taman Desa Palma

4.16) Kompleks Taman Budiman

5. Kawasan-kawasan Untuk Diswastakan

MPPP

Komplek Mutiara Heights

Kompleks Gold Cost

MPSP

Seberang Perai Utara

Kompleks Bagan Lallang (Sebelah Acku)

Kompleks Perindustrian Teras Jaya 4

Kompleks Perindustrian Teras Jaya

Kompleks Taman Perkas

Kompleks Taman Iks Sungai Lokan

Kompleks Taman Iks Sungai Lokan 3


Seberang Perai Tengah

Kompleks Taman Iks Juru 4

Kompleks Iks Usahajaya 3

Kompleks Taman Binajaya

Kompelks Taman Bidara

Kompleks Taman Permai Jaya

Kompleks Taman Permata Indah

Kompleks Taman Jambu

Kompleks Taman Selesa

Kompleks Taman Teguh

Kompleks Makanan Taman Machang Bubuk 2

Seberang Perai Selatan

Kompleks Taman Nafiri

Kompleks Taman Jawi Jaya

Kompleks Taman Seruling Emas

Kompleks Taman Serunai

Kompleks Taman Murai Jaya

Kompleks Taman Seruling

6. Kawasan-kawasan Baru Untuk Dibuka

Pihak Pejabat Daerah akan mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dibuka bagi membolehkan lebih banyak kawasan perniagaan dibina dan seterusnya memberikan peluang kepada pihak peniaga menambahkan pendapatan. Berikut adalah antara kawasan baru yang dicadang untuk dibuka:

Daerah Timur Laut

- Tapak Rumah Tsunami Fasa II, Pantai Miami

- Batu Feringghi, Sebahagian Lot 4, Seksyen 1.

7. Mekanisme Penguatkuasaan

Satu Unit Penguatkuasaan Khas (Task Force) akan diwujudkan yang beribu pejabat di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

8. Kawasan-kawasan yang Akan Diambil Tindakan Segera

Jawatankuasa juga membuat rumusan terdapat kawasan yang akan diambil tindakan segera oleh MPPP dan MPSP adalah seperti berikut:

8.1) Kawasan Pelancongan

8.2) Kawasan yang mengalami gangguan lalu lintas

8.3) Kawasan Perumahan

8.4) Kawasan yang banyak aduan orang ramai

8.5) Struktur baru (kekal dan separa kekal)


Tindakan akan mula diambil pada 1 Mei 2010 untuk merobohkan gerai/struktur baru di kawasan-kawasan seperti di atas. Bagi binaan haram di tanah-tanah persendirian akan diberikan notis terlebih dahulu dan tindakan akan diambil selepas 2 Mei 2010.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/