SharpShooter Followers

Friday, April 16, 2010

Muhyiddin bohong 1 Malaysia 1 Israel

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan P. Kamalanathan adalah calon pilihan 'saat akhir' bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata, nama Kamalanathan juga terdapat dalam senarai awal yang dipertimbangkan oleh kepimpinan tertinggi BN.

"Ada dalam senarai, tetapi mungkin tidak begitu menonjol, tapi lepas perbincangan kita dapati dialah calon terbaik," katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di Bukit Sentosa di sini hari ini.

Muhyiddin sebelum itu mengumumkan Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu 25 April ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi BN itu berkata, MIC sememangnya mempunyai ramai tokoh yang layak untuk diletakkan sebagai calon.

"Kita mempunyai ramai tokoh yang memang layak, sebab itu kita mengambil masa sedikit, ini kawasan MIC, presiden MIC dan pimpinan-pimpinan MIC ada beberapa pandangan, tetapi akhirnya kita sepakat kerana yang kita nak tumpukan ialah apa yang rakyat mahukan.

"Dalam tempoh lebih dua minggu ini kita sudah membuat tinjauan di peringkat pengundi di semua kawasan, dapatkan maklumat isi hati mereka.

"Atas dasar itu, kita melihat mereka mahukan satu calon yang baru," katanya.

Rakyat semua tahu 2 nama yang disebut-sebut sebelum ini bukanlah Kamalanathan. Khairy nak calon lain, MIC Hulu Selangor juga mahukan calon lain.

Tetapi bila PKR meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon Hulu Selangor, ternyata UMNO dan BN tertekan.

Berbagai ugutan dibuat oleh MIC akhirnya yang untong MIC yang rugi UMNO. Nampak sangat umno kini bukan lagi wadah untuk orang Melayu.

Di P.Pinang terbukti jelas UMNO menjadi pengkhianat orang Melayu dalam isu Ketua Menteri dan terkini umno tidak mampu menjadi pengerusi BN P.Pinang walaupun gerakan, mca dan mic kalah semua kerusi.

UMNO sekali lagi mengkhianati Melayu Hulu Selangor. Hadiah penyapu kepada Hulu Selangor oleh Menteri Besar UMNO Selangor Khir Toyo bukti umno menginaMelayu Hulu Selangor


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/