Untuk memburukkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 "walk for democracy" yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, telah dimulakan. Risalah palsu menggunakan nama BERSIH 2.0 yang mengajak orang ramai menumbangkan kerajaan telah mula diedarkan kepada orang ramai.
Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"

Dilaporkan bahawa risalah kuning itu dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini [MerdekaReview].
Kalau dilihat, rakyat sudah sedia maklum bahawa perhimpunan aman BERSIH 2.0 akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Namun demi untuk mengharamkan suara rakyat, ada pihak dilihat cuba memburukkan imej BERSIH 2.0.
Siapakah dalang di sebalik penyebaran risalah palsu ini? Mudah sahaja untuk disiasat, tentu sekali golongan yang tidak mahu perhimpunan aman BERSIH 2.0 diteruskan.
ReJaM© "Risalah palsu ke, risalah tulen, apa sajalah, 9 Julai turun tetap turun!" - MiloSuam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
10 hours ago