SharpShooter Followers

Thursday, June 02, 2011

Mengapa 17 Ahli Majlis MPSPK desak YDP ditukar?

Mengapa tiba-tiba 17 Ahli Majlis MPSPK mendesak YDP MPSPK ditukar? Sudah tentu ada yang tidak kena hingga menyebabkan mereka hilang sabar. Kita juga tidak boleh nafikan memang ada segelintir kakitangan kerajaan yang bertindak untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terutamanya isu roboh gerai.

KRONOLOGI PEROBOHAN GERAI DAN PROTES AHLI MAJLIS TERHADAP YANG YANG DIPERTUA MPSPK

Khamis

26 Mei 2011, 9:30 am

Perobohan gerai di sepanjang jalan Cinta Sayang oleh Penguatkuasa MPSPK

Tiada seorang pun Ahli Majlis dimaklumkan akan operasi ini termasuklah Ahli Majlis yang menjadi Area Officer di kawasan tersebut.

Sabtu

28 Mei 2011, 12:00 tghri

1:00 pm

2:00 pm

Lawatan ke tapak gerai yang dirobohkan dan membuat sidang media ringkas.

Perjumpaan bersama peniaga-peniaga dengan gerai terbabit untuk sesi penerangan dan membincangkan cara penyelesaian jangka pendek. Hadir bersama Ahli Parlimen Merbok, Dato’ Rashid Din dan Ahli Parlimen Jerai, YB Firdaus Jaafar

Pra Mesyuarat Ahli Majlis untuk tindakan yang sewajarnya diambil untuk menangani isu

Ahad

29 Mei 2011, 12:00 tghri

Ahli Majlis mengambil keputusan keluar beramai-ramai dari Mesyuarat Kewangan setelah Puan Yang DiPertua gagal memberikan penjelasan terhadap isu perobohan gerai di sepanjang Cinta Sayang.

Ahli Majlis juga telah mengadakan sidang media tergempar menyatakan hilang kepercayaan terhadap YDP di atas tindakan beliau yang membelakangi Ahli-ahli Majlis selaku pembuat dasar dan polisi.

Isnin

30 Mei 2011, 10:00 am

Serahan ‘Memorandum Suara Rakyat Sungai Petani’ kepada Menteri Besar Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak di Wisma Darul Aman

Ahli Majlis mengadakan sidang media ringkas.



Penyerahan Memorandum Kepada Menteri Besar Negeri Kedah

Kami Ahli-ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) merasa kesal di atas perobohan gerai di sepanjang Jalan Cinta Sayang pada 26 Mei yang lalu kerana keputusan berikut tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama Ahli Majlis. Tindakan ini kami anggap sebagai membelakangi Ahli-ahli Majlis sebagai pembuat dasar dan polisi kepada MPSPK selaku Pihak Berkuasa Tempatan.

Titik tolak daripada peristiwa ini, kami ahli-ahli majlis telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Yang DiPertua (YDP) MPSPK Puan Rozaina binti Dato’ Paduka Hj Radzi dan juga Setiausaha(SU) MPSPK, En Radzuan bin Osman.

Sehubungan dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk tidak akan menghadiri sebarang mesyuarat MPSPK bermula 29 Mei 2011 sehinggalah digantikan dengan YDP yang lain. Tindakan kami sebagai Ahli-ahli Majlis bukan sekitar isu perobohan gerai sahaja tetapi beberapa perkara yang saling berkait seperti berikut:

1. Beliau jarang ada di pejabat MPSPK dan sering berada di luar kawasan seperti Wisma Darul Aman. Sehubungan dengan itu, banyak tugas-tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat sering tertangguh. Adakalanya para pegawai terpaksa ke Alor Setar semata-mata mendapatkan tandatangan beliau dalam urusan-urusan pentadbiran. Mereka juga sering memberikan jawapan tidak mendapat tandatangan YDP bagi kerja-kerja yang diputuskan sewaktu mesyuarat bila ditanya oleh Ahli-ahli majlis.

2. Tiada kemajuan dan perancangan yang sering tertangguh khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan pembinaan Stesen Bas yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis bertarikh 28 Februari 2010 yang mana sehingga kini masih tiada kemajuan yang positif dari sudut perlaksanaannya. Pecah Tanah bagi pembinaan stesen bas ini telah dilakukan pada 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan untuk dilaksanakan segera kerana telah menjadi rungutan kepada masyarakat Sungai Petani. Begitu juga dengan pembinaan pasar awam yang mana telah diluluskan bajetnya pada penghujung tahun 2010 namun sehingga ke tarikh ini tiada sebarang perkembangan yang memberangsangkan. Usaha-usaha penguatkuasaan ke atas rumah-rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti-aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran dan juga premis-premis perjudian amatlah lemah dan tiada kesungguhan.

3. Tidak menghormati keputusan mesyuarat yang mana banyak keputusan–keputusan tidak dilaksanakan mengikut yang telah dipersetujui dan sering membelakangkan Ahli Majlis dalam beberapa pekara yang tertentu.

4. Pengurusan Pentadbiran Majlis. Sebagai contoh dalam pengurusan mesyuarat Majlis. Beliau bukan sahaja memberi notis mesyuarat kurang daripada 24 jam bahkan Minit mesyuarat juga sering dihantar lewat kepada Ahli Majlis.

TUNTUTAN

Dengan itu, Kami 17 orang Ahli Majlis MPSPK menuntut agar Yang Dipertua MPSPK, Puan Rozaina binti Dato’ Paduka Hj Radzi dan juga Setiausaha MPSPK, Encik Radzuan bin Osman disiasat oleh pihak tertinggi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan ditukarkan ke Jabatan lain demi kepentingan rakyat dan pembangunan Bandar Sungai Petani yang lebih telus, amanah dan berintegriti.

Daripada:

1. En Ishak bin Man,BKM,PJM,PPA

2. En Ilias bin Ibrahim,BKM,PJK

3. En Lee Heng Chai,BKM

4. En Badron Hisham bin Bahari,PJK

5. En Khairun Nizar bin Ismail,BKM

6. En Mukhtar bin Ismail,BKM,PJK

7. En Muzaini bin Azizan,BKM

8. En Saharudin bin Hamid

9. Puan Nor Azrina binti Surip

10. En Ooi Tze Min

11. En Loganathan A/L Alimuthu

12. En Suhaimi bin Hashim,BKM

13. En Teh Seng Teik,BKM

14. En Sritharan A/L Pichathu

15. Tuan Hj Mat Akhir bin Thalib,BKM

16. Tuan Syed Omar bin Syed Mahamud

17. Tuan Haji Fishol bin Haji Hashim,PJK



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/