SharpShooter Followers

Tuesday, June 14, 2011

Tiada boikot pemilihan Khariah Masjid

Tiada boikot pemilihan Masjid seluruh Pulau Pinang kata YB Ustaz Salleh Man. Menurut beliau selepas tarikh akhir pencalonan ditutup pada 7 Jun 2011 sebanyak 193 masjid daripada 200 masjid telah  menghantar senarai pencalonan masing-masing.

Hanya 7 masjid gagal berbuat demikian disebabkan faktor-faktor tertentu dan pihak (PTA) pegawai pentadbiran agama Islam Pulau Pinang akan menyelesaikan perkara tersebut nanti. Kejayaan ini membuktikan bahawa 97% kariah masjid menyokong penuh Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Pulau Pinang sesi 2012-2013.

Pemilihan ini akan mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang. Tatacara  pemilihan merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada sebelum ini kata YB Ustaz Salleh Man (Timbalan MAIPP). 

Kita tidak mahu kesilapan berulang lagi seperti ini pentauliahan pegawai masjid seluruh negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Millenium dahulu.Kesemua jawatankuasa kariah masjid disambung semula pelantikan mereka sehingga 2011 .  

Renung kembali perbezaaan, dimana amalan dahulu Maipp melantik atau kelompok tertentu tanpa melalui proses pemilihan oleh anak - anak kariah secara telus dan terbuka.

Sekarang diperkenalkan kaedah baru,dimana memberikan hak kepada anak-anak kariah untuk mencadangkan pentadbir masjid atau jawatankuasa masjid masing-masing kepada Maipp untuk diperkenankan kepada Yang Dipertuan Agong.

Seramai 15 Ajk Masjid akan dipilih dari kalangan anak – anak kariah. 

Keputusan muktamad pelantikan jawatankuasa kariah tetap di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone