SharpShooter Followers

Friday, June 10, 2011

Umporno 'nakal' hingga ke Masjid

Pemilihan Jawatankuasa Khariah Masjid Seluruh Pulau Pinang Sesi 2012-2013

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) buat pertama kali, iaitu selepas perlantikan jawatankuasa MAINPP yang dilantik pada 1 Januari 2010 akan mengadakan pemilihan jawatankuasa 200 kariah masjid

Seluruh Pulau Pinang menggunakan kaedah dan tatacara yang lebih tulus, telus dan terbuka.

Ia akan dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP, Yang Berhormat Ustaz Salleh Man yang juga Timbalan Yang Dipertua MAINPP.

Kaedah perlantikan yang diperkenalkan ini, hasil mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIAPP), MAINPP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

Malah sejak 2009 selaku Exco Hal Ehwal Agama, saya sendiri telah mengadakan pelbagai perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak bagi merumuskan kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan yang sedia ada.
 
Hasil muzakarah jawatankuasa berkenaan pada 6 Mac 2011, telah mencadangkan kepada MAINPP tentang tatacara pemilihan tersebut pada April lalu.
 
Pada 20 Mei 2011 Mesyuarat Khas MAINPP telah memutuskan menerima tatacara perlantikan yang disyorkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Khariah MAINPP.

Kaedah ini antara lain bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak khariah untuk mencadangkan jawatankuasa khariah masing-masing kepada MAINPP.

Yang lebih penting, pemilihan ini bertujuan memilih pentadbir masjid yang berwibawa tanpa mengambil kira fahaman politik mereka. Mereka yang terpilih perlu memikul tanggungjawab berat, iaitu mengimarahkan masjid demi kepentingan masyarakat Islam khususnya. Dan lebih utama tanggungjawab mereka kepada Allah S.W.T bagi meningkatkan syiar Islam di bumi bertuah ini.

Tatacara pemilihan ini juga merupakan penambahbaikan peraturan yang sedia ada selaras dengan Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Khariah dan Pegawai Masjid ( negeri Pulua Pinang ) pindaan 2003.

Justeru itu, saya juga menolak dakwaan 'nakal' pihak-pihak tertentu kononnya tatacara pelantikan ini bersifat kepentingan politik dan akan memecahbelahkan masyarakat Islam.

Sekiranya kami meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama, maka MAINPP akan meneruskan amalan tradisi kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, iaitu melantik Jawatankuasa Masjid tanpa melalui tatacara pemilihan oleh anak-anak khariah.

YB ABDUL MALIK KASSIM
Exco Hal Ehwal Agama P. Pinang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone