SharpShooter Followers

Monday, September 12, 2011

Cukai 6% : Najib Jangan Lempar Batu Sembunyi Tangan

SHAH ALAM 11 SEPT : Sikap mudah lepas tangan dan menuding jari ke arah pihak lain untuk menyelamatkan diri sendiri yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin sukar dibendung mutakhir ini.

Terbaru, beliau mengelak dan mengaku tidak tahu-menahu mengenai cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pelanggan perkhidmatan prabayar yang akan berkuatkuasa pada 15 September depan.

Walhal, hal-hal percukaian jelas sekali urusan kerajaan dan ia adalah sesuatu yang memalukan kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

" Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

" Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan.

" Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia,"kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, walaupun beliau berpendapat tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) menaikkan kos kad prabayar adalah tidak munasabah memandangkan syarikat itu telah mengaut keuntungan yang tinggi, namun katanya adalah adil untuk mengetahui bahawa ia dinaikkan kerana kerajaan telah meningkatkan cukai perkhidmatan.

"Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya.

"Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan,"kata beliau.

Tindak-tanduk Najib ini juga katanya boleh mengeruhkan keadaan sehingga menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza dan kegagalan Najib sendiri untuk mengenalpasti di antara cukai langsung dan tidak langsung.

"Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya,"ujar Rafizi.

"Tabiat Datuk Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6 peratus, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua.

Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

"Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan,"jelas beliau lagi.

Cukai langsung adalah cukai yang dipungut ke atas pendapatan dan keuntungan sesuatu pihak manakala cukai tidak langsung ialah cukai yang dikenakan ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/