Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyambut baik kenyataan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dilaporkan menggesa kerajaan Pusat agar melakukan pindaan perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.
Melihat kepada Mingguan Malaysia yang merupakan lidah UMNO sendiri, DPPNK penuh yakin bahawa kenyataan tersebut benar-benar dinyatakan oleh Khairy dan bukannya merupakan manipulasi berita semata-mata.
Justeru, DPPNK menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau.
Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya sendiri Najib Razak, DPPNK mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya.
DPPNK sifatkan Khairy sebagai seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam UMNO.
DPPNK berharap agar cadangan Khairy ini turut disambut baik oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan dan juga pimpinan UMNO di negeri Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.
Sekian, wassalam.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan
DPPNK
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
37 minutes ago