Semua 30 pemimpin dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan terbabit dalam satu perhimpunan dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan sah.
"Semua tuduhan terhadap PSM30 digugurkan - DNNA (dilepas tanpa dibebaskan). Kes sepatutnya didengar pada 10 Oktober," kata Setiausaha Agung PSM S Arulchelvan di tweeter.
Antara mereka adalah R Nalayani, 64, A Shanmugam, 57, M Ravindran, 20, G Velaitham, 54, M Sivoosamy, 56, S Ramasamy, 35, Chan Mooi, 55, K Kamaladevi, 57, Cheang Sew Yin, 60, K Deeba, 22, K Thanushia, 21, G Packialetchumy, 40, R Saroza, 51, M Santhanadevi, 30, NP Indra, 54, P Jody, 52, M Kavitha, 35, K Gana Santhanam, 45, J Reveen Veerasenan, 18, dan S Thivya Kumar, 18, kesemuanya dari Perak, M Aroklam, 62, dari Perlis dan Soh Sook Hwa, 29, dari Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "BERSIH 2.0" dengan membawa 600 helai salinan risalah haram.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan BERSIH 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan iaitu "BERSIH 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "BERSIH 2.0" di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.
Mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri [Akta 82] 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bas di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, pada 3.30 petang, 25 Jun lalu. - Mk
Sharpshooter - Apa beza zaman British dengan zaman sekarang..semua yang menentang mereka dituduh sebagai komunis?
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
22 hours ago