SharpShooter Followers

Monday, September 26, 2011

Perkasam biadap serbu Mat Sabu cederakan 2 penyokong PAS

Ceramah yang dianjurkan oleh PAS semalam, tercemar apabila kira-kira 70 orang penyokong PERKASA cuba menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS, Mat Sabu menyampaikan ceramah beliau.

Seorang penyokong PAS cedera di kepala dan seorang lagi patah hidung akibat dibaling dengan batu.

Kedua-dua mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Beberapa lagi penyokong PAS turut tercedera dalam kekecohan berkenaan.

Insiden bermula apabila Mat Sabu tiba dilokasi untuk menyampaikan ceramah beliau kepada lebih daripada 800 hadirin.

Para penyokong PERKASA mula menimbulkan provokasi serta membawa kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Keadaan dilaporkan terkawal pada mulanya, tetapi mula tegang apabila Mat Sabu mula menyampaikan ceramah sekitar jam 10.15 malam, di mana penyokong PERKASA mula menyerbu ke arah pentas ceramah.

Penyokong PAS segera mematahkan cubaan mereka, namun berlaku adegan tolak-menolak sehingga keadaan menjadi hilang kawalan.

Batu dan botol air mula dibaling ke arah tapak ceramah sehingga mencederakan beberapa penyokong PAS. Penyokong PERKASA turut menumbuk dan membelasah penyokong PAS yang sedang berusaha untuk menjernihkan keadaan.

Sebelum kejadian, PERKASA didakwa mendesak penganjur agar ceramah dihentikan kerana hendak menyampaikan memorandum bantahan kepada Mat Sabu.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur enggan tunduk kepada permintaan PERKASA dan meminta agar mereka bersurai.

Kekecohan mula reda kira-kira 15 minit kemudian apabila anggota polis tiba dan mengarahkan kedua-dua pihak terbabit bertenang dan kumpulan yang membuat protes anti Mat Sabu diminta bersurai.

Mat Sabu tetap meneruskan ceramahnya dalam kawasan pekarangan Pasti Wildan yang berpagar sempena majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pas Kawasan Seremban yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani serta kira-kira 800 ahli dan penyokong parti itu.

Kelihatan beberapa anggota Unit Amal Pas mengawal keselamatan di lokasi terbabit dan ceramah berakhir kira-kira 11.45 malam.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone