SharpShooter Followers


Monday, February 08, 2016

JINGGA 13 - Cadangan PEGUAM NEGARA zalim dam melampau

JINGGA 13 SELAR PEGUAM NEGARA DESAK HENTIKAN CADANGAN PINDAAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

Jingga13 Malaysia menyelar cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang berhasrat meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mengenakan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup dan sebatan kepada individu pemberi maklumat (whistleblowers) adalah melampau , zalim serta dilihat menyokong penyelewengan dan rasuah dalam negara.

Selaku Peguam Negara sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih dan menyokong segala pendedahan serta memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat , wartawan dan editor media agar keselamatan mereka terjamin serta menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat kemuka pengadilan tetapi sebaliknya beliau bertindak untuk mencadangkan pindaan akta yang dilihat melindungi dan menyelamatkan Kerajaan UMNOBN terutama Perdana Menteri DS Najib Razak dan para koruptor.

Rakyat masih tidak dapat menerima kenyataan Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkaitan siasatan terhadap DS Najib Razak dengan skandal RM2.6 bilion yang dilihat untuk membersih dan menyelamatkan Perdana Menteri , kini dengan cadangan yang zalim dan melampau .

Jingga13 Malaysia mendesak agar cadangan zalim dan bersifat autokratik  ini ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan , malah Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak perlu menjadi balaci kepada DS Najib Razak dan Kerajaan UMNOBN ,  tetapi sebagai penjawat awam yang bermaruah dan berintegriti serta menjadi  penegak kebenaran dan keadilan tanpa mengira sesiapa.

Muafakat * Prihatin * Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koodinator
Jingga13 Malaysia

SEMUA HARUS BERI SOKONGAN

Ayohhh....

Tidak kira siapa pun kita, asalkan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, seharusnya memberi sokongan kepada petisyen ini tanpa sebarang keraguan.

Moga-moga dengan jayanya mengumpul sejuta tandatangan secara maya, jika lebih daripada sejuta tentunya lagi baik, akan dapat membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk segera campurtangan dan membenarkan siasatan dibuka semula terhadap Najib.

Petisyen boleh diperolehi di  sini.".https://docs.google.com/forms/d/1V9BtH3DXlsst-wqp3WoLSyMi2K8x8oTUq0Ppejy9Wio/viewform?c=0&w=1.

Oleh itu, ayuh kita semua berganding bahu memberikan sokongan kepada petisyen tersebut.