SharpShooter Followers


Tuesday, February 09, 2016

Salam perjuangan untuk mu....

SALAM PERJUANGAN UNTUK MU BANG ANWAR (DATUK SERI ANWAR IBRAHIM).

1. Sudah genap setahun Bang Anwar dalam kepongan pagar besi Penjara Sg Buluh kerana kerana dendam politik yang tak sudah Najib dan kepimpinan Umno Bn. Bang Anwar terpenjara akibat dendam politik kerana perjuangan membenteras salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan.

2. Bang Anwar telah merubah lanskap politik Malaysia dengan satu pengorbanan yang sangat besar dengan memilih jalan dihumban ke penjara demi kebangkitan sebuah perjuangan bukan untuk kebebasan dirinya tetapi untuk kebebasan dan kemerdekaan bangsa dan negara tercinta.

3. Saya percaya, Bang Anwar boleh memilih jalan selamat dengan meninggalkan politik perjuangan untuk hidup senang bersama keluarga dengan mencari kesenangan dan kekayaan dengan menjual maruah harga diri perjuangan. Tetapi yang dipilih jalan ke penjara. Tiada makna pada kaharuman nama dipuji orang untuk Bang Anwar saja-saja merengkok dalam penjara.

4. Jalan ke penjara dan kehidupan di sebalik jeriji besi yang diharungi adalah mesej untuk kebangkitan perjuangan rakyat membebaskan dan memerdekakan negara dan rakyat daripada politik rakus, tamak dan kegilaan pemimpin negara Umno Bn yang berkuasa yang menghumban kehidupan rakyat terperosok dalam kesempitan kesusahan akibat salah guna kuasa.

5. Terima kasih Bang Anwar kerana sanggup membakar diri mu untuk masa depan anak bangsa dan negara tercinta. Saya doakan untuk Allah memberkati dan merahmati kehidupan Bang Anwar dan keluarga buat selamanya, kuatkan semangat, tabah dan sabar dalam meniti erti kehidupan perjuangan. Penguasa Umno Bn yang zalim hanya boleh memenjara tubuh Mu tetapi mereka tidak berupaya memenjara akal dan pemikiran Bang Anwar. Salam perjuangan daripada saya yang tak berkesempatan berhimpun di hadapan penjara Sg Buluh sempena genap setahun Bang Anwar di sana. Saya doakan untuk pembebasan Bang Anwar.

#BebasAnwar
#BeraniKeranaBenar
#SelamakanMalaysia

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Februari 2016/30 Rabiulakhir 1437H.