SharpShooter Followers

Tuesday, December 21, 2010

Utusan Meloya disaman lagi.



Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia akan disaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan mendakwa akhbar itu banyak memfitnah Lim, seperti dalam isu perarakan Maulud Nabi, perobohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.

"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak menjawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk memfailkan saman malu di mahkamah demi kebenaran dan keadilan," kata Cheong.

Menurutnya, saman itu akan diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & co.

Cheong mendakwa, apa yang berlaku jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin Barisan Nasional akan menggunakan isu 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan Raja untuk membohongi rakyat bahawa DAP anti perkara dan pihak itu.

"Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

"Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa," katanya.



Sharpshooter - Tahun 2011 bukan sahaja warga emas berusia 60 tahun semua bangsa samada miskin atau kaya yang akan mendapat RM100, malah ibu tunggal dan OKU juga akan mendapat RM100 sumbangan Kerajaan Negeri P.Pinang.

Hingga hari ini, duit warga emas yang dipulangkan kepada umno kerana ditipu oleh umno kononnya duit judi, tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri P.Pinang. umno hingga hari ini gagal senaraikan nama warga emas yang memulangkan RM100. Ini menjadi persoalan samada benarkah warga emas telah memulangkan wang tersebut atau ini adalah gimik politik murahan umno naina merican yang cuba tonjolkan diri sebab mahu menjadi calon Parlimen Kepala Batas menggantikan Pak Lah pada PRU13 akan datang.

Satu demi satu demi satu, umno melemparkan bom C4 kepada Guan Eng, sepanjang tahun 2010, Guan Eng diasak pagi petang siang dan malam oleh umno.

Mengapa Guan Eng diserang begitu hebat? sifirnya mudah kerana Guan Eng terlalu hebat dan amat menggugat kedudukan umno b-end di P.Pinang. Gerakan, mca dan mic seolah-olah mati di P.Pinang.

Hanya umno yang pandai menyusun isu satu demi satu, tersusun dan terancang. Ini membuktikan umno adalah pembangkang terbaik di P.Pinang manakala Guan Eng pula adalah satu-satunya negeri yang mendapat pujian dari pihak dunia "Transparency International" kerana mengamalkan sistem tender terbuka bukan lagi anugerah pemimpin kepada kroni.

Jadi kesimpulannya yang terbaik wajib dikekalkan, umno adalah pembangkang terbaik wajib dikekalkan begitu juga dengan Guan Eng, Ketua Menteri terbaik, maka wajib juga Guan Eng dikekalkan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/