Dalam laporan yang disiar sebuah portal berita semalam, Nazri menunjukkan dua surat yang mengesahkan pembabitan APCO dengan pentadbiran Najib iaitu dalam bukti dua dokumen.
Salah satunya surat daripada Apco yang menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi.
Mengulas perkara ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, pendedahan Nazri itu sebenarnya mengesahkan bahawa Apco memainkan peranan sebagai penasihat dalam kempen 1Malaysia melalui sokongan komunikasi yang ditawarkan.
“1Malaysia adalah slogan yang dibawa Najib, dan tagline ini perlu dikomunikasikan kepada rakyat, jadi salah satu peranan Apco adalah menasihati kerajaan melalui perkhidmatan komunikasi ini supaya slogan ini sampai kepada rakyat. Ini lah yang kita katakan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia,”jelasnya.
Beliau juga mempersoalkan kenapa baru kini Nazri mahu membalas pendedahan Anwar, selepas Ketua Pembangkang itu digantung dari sesi parlimen selama 6 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
“Walaupun selama ini Anwar ada bukti penglibatan APCO dan mahu membentangkannya di Parlimen, Nazri dan Najib hanya berdiam diri dan kenapa terus menggantung Anwar selama enam bulan? Kenapa selepas Anwar digantung, barulah Nazri bercakap kepada media menunjukkan surat yang dihantar APCO kepada kerajaan BN?
“Anwar sudah pun mencabar Najib untuk menafikan pembabitan APCO sejak dari bulan April lagi. Dan mereka ambil masa 8 bulan untuk menjawab perkara ini sekarang,” kata Saifuddin lagi.
Nazri Aziz semalam mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga Ahli Parlimen lain selama enam bulan pada 16 Disember lalu.
Anwar digantung dari Parlimen tanpa dipanggil membela diri berhubung pendedahan beliau tentang pembabitan APCO Worldwide, firma Yahudi yang terlibat dalam kempen 1 Malaysia yang dicanangkan Najib, yang menyamai kempen One Israel.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/