Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.
"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.
"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.
"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.
Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.
"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.
"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.
Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan.
Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.
Sharpshooter - Sedih juga dengan nasib melayu yang ditipu oleh pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya. Mereka berkata mereka memperjuangkan Melayu, rupa-rupannya dokumen "Ketuanan Melayu" pun tidak ada dalam perlembagaan.
Melayu dan Islam adalah dua perkara berbeza. Melayu itu bangsa dan Islam itu agama. Bangsa Melayu juga kena sedar jika dahulu Nabi Muhammad SAW hanya berdakwah memikirkan bangsanya sahaja sudah pasti Melayu di Malaysia sekarang tidak beragama Islam.
Tidak ada MELAYU yang akan dimuliakan ALLAH kerana MELAYUnya, Tidak ada CINA/INDIA yang akan dihina ALLAH kerana CINA/INDIAnya, Kemulian disisi ALLAH ialah MELAYU/CINA/INDIA yang BERTAQWA kepadanya!
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
Lagu Malaysia MADANI
-
"Malaysia Madani" Audio Production Team: Composer : Sam Lirik : Sam &
Pidaus Producer : Bunkface Arranger : Bunkface , Epul Kuat Recording
Engineer : E...
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
Sumbangan Khas Aidilfitri Kepada Penduduk Sik
-
Seperti biasa setiap tahun, 10 buah rumah keluarga paling daif akan
terpilih oleh kami dari 300 penerima untuk memberikan sumbangan raya ...
10 keluarga...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
-
Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير)
Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga
rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju ..
W/a: 012 3...
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
-
*KOTA BHARU:* Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9
Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
Pengumuman itu dibua...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?
-
Sebelum ni kereta Dr. Hatta kena bakar, rumah Hanifa Maidin kena ceroboh
dan pintu ofis Zulhazmi disimbah cat, kali ni Dr. Dzul pulak ditumbuk
dimuka tim...
Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia
-
Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di
Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di
Brazil. Ia j...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...