SharpShooter Followers

Tuesday, December 07, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432





Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..
Surah an-Nahl 16: 41-42.


Salam Ma'al Hijrah 1432 kepada semua pengunjung blog sharpshooter semoga anda semua berjaya di dalam apa jua lapangan yang anda ceburi, janji halal dunia dan akhirat.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi milik Allah ini dan kita juga hendaklah sentiasa sedar bahawa kita juga adalah khalifah milik Allah, itulah Allah rabbul'alamin...tuhan semesta alam dan itulah Allah malikiaumiddin..raja hari akhirat.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua sahabat-sahabat seperjuangan, pertama perbaharui dan perbetulkan azam dan niat kita berjuang, jangan kita berjuang kerana parti atau individu semata-mata tetapi berjuanglah untuk parti kerana Allah. Semoga setiap saat dikira amal ibadat disisi Allah SWT.

Marilah kita sama-sama berhijrah dengan memilih pemimpin yang mengamalkan politik jujur dalam erti kata sebenar dan pemimpin yang melaksanakan segala kata-katanya dan bukan sekadar retorik bak indahnya fatamorgana mahupun anggunnya sang pelangi.

Sempena kita melangkah ke tahun baru Hijrah ini, marilah kita sama-sama mengorak langkah dan menguatkan saf untuk menumbangkan rejim pada PRU 13.

KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DI LAKSANAKAN DI NEGERI PAKATAN

Islam di Malaysia adalah Islam'yang ditadbir dan bukan Islam yang mentadbir sebab anak-anak sekolah juga diajar perkara ini.

Misalnya dalam subjek kenegaraan Malaysia dalam pengajian Am 1 Peringkat STPM, antara lain pelajar di ajar bagaimanakah agama Islam ditadbirkan dimalaysia.

1. mengikut Perlembagaan Persekutuan,agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.

2. setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran agama Islam masing-masing

3. setiap Negeri juga membentuk Majlis agama Islam yang mengandungi
tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai Badan Perundangan Islam yang
sebenar di Negeri itu.

4. tugas utama Majlis agama Islam termasuk

a) membuat peraturan-peraturan mengenai agama Islam
b)Mengeluarkan Fatwa
c) Mentadbir masjid dan sekolah-sekolah agama.
D) Mengutip zakat,fitrah dan bayaran yang lain yang diwajibkan oleh orang Islam
e) mengurus wakaf

5)Disamping itu sebuah Jabatan Agama Islam yang mengandungi
Pegawai-Pegawai Kerajaan juga dibentuk untuk membantu Majlis Agama
Islam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan Persekutuan juga menghadkan pemakaian undang-undang Islam.

1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri
untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran agama Islam termasuk
Mahkamah Syariah bagi Negeri yang berkenaan.

2) Bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat Islam dan
mengenai pengamalan ajaran Islam setakat ditetapkan oleh undang-undang
Persekutuan.

3) Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965(pindaan 1984) telah
menghadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara
sehingga tiga tahun,hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat
sehingga enam rotan.

4) Mengikut suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988,Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak mempunyai kuasa Kehakiman keatas
perkara-perkara yang telah menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Dinyatakan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad

1) Bidang kuasa sivil meliputi:
a) Perkahwinan
b) Penceraian
c) Nafkah anak dan Isteri
d) Pewarisan harta
2) Bidang kuasa jenayah meliputi:
a) Kesalahan Matrimoni seperti tidak taat pada Suami
b) Kesallahan hubungan seks seperti persetubuhan haram,berkhalwat dan pelacuran.
C) Kesalahan minuman keras seperti menjual dan meminum arak.
D) Kesalahan keimanan seperti tidak Solat Jumaat,tidak berpuasa atau
tidak membayar zakat.
E) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftar masuk dan keluar Islam.
F) Kesalahan berhubung dengan perjudian.

WALAU APAPUN PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGERI YANG DIBUAT DAN DILULUSKAN OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERI PERUNTUKAN :
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000. 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN


DAN SELAGI ITULAH HUKUM ISLAM INI DIPERLECEH ANDAI UMNO/BN TIDAK DITUMBANGKAN..

Salam Ma'al Hijrah 1432

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/