SharpShooter Followers

Wednesday, December 01, 2010

Che Det tolak Warisan Merdeka

Cadangan membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat hanya akan meningkatkan lambakan hartanah dan ruang pejabat seperti yang sedang berlaku di Lembah Klang pada masa ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika Malaysia sedang berusaha menuju Wawasan 2020, adalah lebih baik menyalurkan peruntukan ke arah perkara yang lebih penting.

“Kalau anda bertanya pendapat saya, saya ingin biarkan Menara Berkembar Petronas kekal sebagai yang tertinggi di Malaysia. Kita tak perlukan menara lain yang lebih tinggi daripada itu.

“Lagipun, kita sudah ada banyak kemudahan dan ruang pejabat. Ia mencukupi. Kita patut bina menara 100 tingkat tapi mungkin kemudian. Mungkin selepas saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau ketika menjawab soalan daripada hadirin pada persidangan ‘Revisiting Vision 2020’ di Hotel Nikko, di sini, semalam.

Menurutnya, pandangan tersebut berbeza dan mungkin berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek yang dibina semasa pemerintahannya.

Terdahulu, Mahathir menggesa kerajaan merujuk pandangan rakyat berhubung cadangan projek pembinaan bangunan Warisan Merdeka.

“Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.

Sharpshooter - Mengapa che det tolak cadangan warisan merdeka 100 tingkat? sifirnya mudah sebab beliau tidak mahu rekod sejarahnya membina bangunan berkembar petronas dipintas oleh najib.

Keduanya kemungkinan besar sebab beliau tiada kepentingan dalam projek tersebut berbanding dengan projek bangunan berkembar petronas dan semua rakyat tahu Ananda Krisnan kroni che det manjadi jutawan segera daripada projek berkembar petronas.

Semasa pak lah menjadi perdana menteri, che det marah dan mengamuk hingga che det keluar umno kerana pak lah batalkan projek jambatan bengkok ke Singapura. Sebab apa che det marah sangat? sifirnya mudah sebab beliau mempunyai kepentingan dalam projek tersebut.

Kesimpulannya mudah saja...che det akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan dirinya bukan atas dasar untuk kepentingan rakyat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/