SharpShooter Followers

Monday, December 13, 2010

Mengapa utusan meloya padam cerita Altantuya

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan mengenai ‘pendedahan Wikileaks’ bersabit tuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun cuba menutup isu mengenai kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, sepertimana yang turut didedahkan laman itu.

Anwar Ibrahim dalam laman twitternya mencabar pihak yang memfitnahnya, yang merujuk kepada tindakan Utusan, supaya tampil mengemukakan bukti.

Malah Anwar mempersoalkan mengapa hubungan Najib dan Altantuya dipadamkan berdasarkan pendedahan yang sama dalam WikiLeaks, yang kemudian dilaporkan oleh akhbar Australia, The Sydney Morning Herald.

Muka depan Utusan, akhbar milik Umno hari ini turut menyiarkan komen pegawai dan pemimpin Singapura serta agensi risikan Australia untuk memberi gambaran bahawa Anwar bersalah.

Walaubagaimana pun Utusan memadamkan laporan WikiLeaks yang menyatakan Anwar ‘menjadi mangsa perangkap’ yang dipasang kerajaan Umno-Barisan Nasional, berdasarkan maklumat yang dikongsi perisikan Singapura- Australia.

Utusan juga tidak melaporkan pendedahan WikiLeaks mengenai kenyataan pegawai diplomatik Singapura yang menyifatkan Najib sebagai pemimpin oportunis dan kemerosotan
Malaysia, disebabkan kelemahan pimpinan politik yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution berkata, maklumat yang didedahkan WikiLeaks bukan seratus peratus betul dan menggesa rakyat di negara ini meneliti secara keseluruhan maklumat lain.

“Salah seorang pegawai diplomatik negara itu, Bilahari Kausikan dalam satu mesyuarat pada September 2008 memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Cheney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura,” kata Saifuddin.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/