Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang Pauh.
Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.
Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.
Di Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM. Majlis akan berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL Wings dan Blank GAMMA. Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30 malam.
Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50 motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.
Di hentian Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak. Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan Yayasan Aman, Penanti.
Di utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama penduduk tempatan.
Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500 orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix Asia, Yaser Said.
Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.
Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda sendiri.
Program - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.
Keseluruhan program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun belanja pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap menelan belanja yang bukan sedikit.
Alhamdulillah ramai yang tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan. Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.
Kepada anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila hubungi Yaser 0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang
Pahang Promosi Industri Halal
-
*KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka
peluang...
5 hours ago