Saturday, March 31, 2012
Alahai Malaysiaku...yang dedah pula mahu disalahkan..
Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.
Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.
Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit.
Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.
Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.
Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan KEADILAN untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, March 30, 2012
Sudah sampai masanya Anwar ditukar sebagai Ketua Pembangkang...
“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.
Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.
Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.
“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.
“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.
“Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada,” kata beliau di lobi parlimen.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat(Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Jumpa saya di mahkamah- @cmlimguaneng
Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.
Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.
Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.
Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.
UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.
Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Lim Guan Eng
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Thursday, March 29, 2012
Aktivis Reformasi 98 - Ahli Majlis MPSP Encik Bahktiar mati kemalangan
Berita yang amat menyedihkan...Encik Bahktiar Appandi Bin Yahya, PJM Ahli Majlis MPSP menemui ajal dalam kemalangan jalanraya. Beliau mati di tempat kejadian setelah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Sewaktu berita ini ditulis, jenazahnya masih di jalanraya. Takziah buat keluarganya dan sudah pasti kehilangan beliau adalah kehilangan besar buat keluarganya dan Cabang Tasek Glugor. Beliau merupakan aktivis reformasi sejak 1998.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...Al-Fatihah...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Anak Nazri menabung sejak kecil ke beli kereta mewah Porche?
Nak tahu lebih lanjut berita ini sila baca disini
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com
Ini dia bukti kukuh umporno "cium mulot" Israel
KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.
Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel.
Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra.
Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.
Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.
KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.
Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini.
Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.
Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.
KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin.
KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Alhamdulillah..imam Hoslan berjaya Islamkan dua banduan di penjara
Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.
"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.
Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.
Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.
Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.
DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.
Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, March 28, 2012
Ustaz Salleh Man dan Anwar akan lompat parti
Gambar ini lagi jelas bukti Anwar akan lompat parti sebab dah pekena sekali Teh tarik...Najib dah rasuah Anwar teh tarik...Anwar nie kalau dengan teh tarik dan kalau ada pula cucok kodok...pantang dia..pantang tengok...kih kih kih..
Mk - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.
ADUN Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh Rahim Man.
Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.
Sebelum ini, terdapat dakwaan di blog yang tidak dikenali berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan itu.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Najib cuba tutup 'tahi ciritnya' sendiri
KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:
1) Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;
2) Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.
Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.
Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, March 27, 2012
NAJIB -TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT
Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien,, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur.
Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan. Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan.
Rakyat di Negara ini terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai. Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.
Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur. Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.
Sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta. Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene. Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga. Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera.
Rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Blogger Cucu Mat Kilau pula disaman
Inilah yang berlaku kepada Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau sekarang. Beliau terpaksa naik turun mahkamah sejak tahun lepas (2011) semata-mata untuk kes yang tidak sepatutnya berlaku itu.
Menurut Shukri, beliau menggunakan khidmat guaman Salamon, Zuraida & Partners yang terletak di Kuantan Center Point kerana dimaklumkan oleh rakan-rakan kononnya firma terbabit menawarkan caj perkhidmatan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan lain-lain firma di bandar Kuantan.
Namun, selepas segala urusan jual beli selesai kini beliau berhadapan dengan tindakan saman sehingga mencecah RM28,208.23 atas denda kelewatan 10% setahun (2 tahun) yang dikenakan terhadap rumah yang dibeli dengan harga RM93,000.
Difahamkan, salah seorang pemilik syarikat guaman itu ialah Salamon Ali Rijal yang merupakan bekas calon BN yang tewas kepada Azan Ismail (PKR) bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.
"Banyak masalah yang berlaku hingga menyebabkan urusan jual beli terlewat dan akhirnya kami disaman oleh penjual. Kini, mereka lepas tangan dan membiarkan kami terkapai-kapai. Sedangkan kesalahan itu juga melibatkan kesalahan nama pada geran yang dilakukan oleh pihak terbabit hingga ia melewatkan proses berkenaan. Memang awalnya saya terlewat bayar caj perkhidmatan kerana sudah tidak tahan mengamuk dengan harga perkhidmatan yang ditawarkan (berubah-ubah)", kata Shukri.
Apa yang menyedihkan, beliau terpaksa menghabiskan banyak wang untuk membayar peguam baru bagi berhadapan dengan tindakan saman oleh pemilik. "Sebelum ini kes didengar di Mahkamah Sesyen Raub, namun selepas setahun kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan. Apa yang saya kecewa syarikat guaman terbabit (Salamon, Zuraida & Partner), langsung tidak mahu membantu dan menyelesaikan masalah ini secara rundingan agar ia tidak membebankan kami.
Bayangkan beli rumah RM93,000 tetapi perlu bayar saman RM28,208.23 pula atas kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Memang benar urusan tertangguh selama dua tahun, tetapi ketika itu kami membayar sewa RM300 terhadap rumah terbabit sebagai bayaran ganti rugi. Tapi, bila semua sudah selesai, kami pula disaman .. sedangkan peguam ada memberi tahu akan selesaikan kes itu sebaik mungkin. Kini kami dibiarkan berhadapan dengan kes ini tanpa bantuan peguam berkenaan", kata Shukri lagi.
Kes Akan Ke Tribunal Pengguna Dan Bar Council
Difahamkan, kes akan didengar semula pada 16 April 2012 ini di Mahkamah Sesyen Kuantan. "Saya terpaksa melantik peguam baru untuk berhadapan dengan kes berkenaan, sedangkan peguam asal kami hanya lepas tangan. Ini amatlah tidak adil, kami bayar dia untuk uruskan urusan jual beli rumah (lama) bukan rumah baru, tapi kini mereka senang lenang selepas dapat wang sepenuhnya dari urusan terbabit", tambah Shukri.
Beliau juga tidak teragak-agak akan membawa kes ini ke Tribunal Pengguna dan juga Majlis Peguam (Bar Council) untuk mengambil tindakan terhadap syarikat guaman terbabit yang telah menyusahkan kehidupannya sejak lima tahun yang lalu.
"Benar, mereka kini senang lenang atas masalah yang kami hadapi .. tapi tunggulah apa yang akan kami lakukan. Ada bukti kukuh mereka telah melanggar amalan guaman dalam kes ini. Saya memberi tempoh beberapa hari untuk pihak terbabit berbincang dan menyelesaikan masalah ini atau firma guaman mereka akan ditutup jika perkara ini dibongkarkan", kata Shukri.
Justeru beliau menyeru orang ramai di sekitar Kuantan dan kawasan yang sama waktu dengannya agar lebih berhati-hati dengan helah dan taktik syarikat guaman selepas ini. Jangan hanya "tandatangan" segala dokumen yang diminta sebelum mengkajinya terlebih dahulu.
Sumber Pahang Daily Online.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, March 26, 2012
umporno kuda tunggangan mca
Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umporno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak.
Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.
Kalau benar MCA itu dikuasai Umporno, maka pernahkah ahli-ahli Umporno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah MCA masih diperbodohkan Umporno jika benar Umporno menunggang dan menguasai MCA itu?
Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umporno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umporno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.
Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umporno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umporno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umporno adalah kekuatan paling tinggi!
Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.
Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu menyelamatkan survival Melayu. Jika Umporno di dalam BN itu yang dianggap boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umporno dalam BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.
Soal sama ada benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu di kala susah walaupun parti itu korup.
Jadi dengan mendedahkan keburukan Umporno itu bukannya menjadi sebab lagi untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.
Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat, setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang persoalan ini, "Adakah Umporno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS kuasai Dap atau sebaliknya?"
Rakyat mahu tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan dengan debat itu.
Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.
Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang-menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"
Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umporno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umporno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.
Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."
Lim tidak berkata bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap. Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini tidak menyekat agama lain juga.
Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umporno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Jingga 13 dan AMK desak polis siasat anak Nazri Aziz kes pukul
“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.
“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.
Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.
“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.
Sementara itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) juga mendesak siasatan menyeluruh dijalankan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana MenteriKetua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.
“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.
“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Remaja hilang Siti Nur Fatihah ikut jejak bertapak Sialfool?
PEKAN: Tindakan tegas akan dikenakan kepada remaja, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang membuat laporan polis dirinya dirogol sedangkan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperlakukan demikian.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, mendapati tiada kesan boleh mengaitkan remaja berkenaan dirogol.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan koyak atau cedera pada kemaluan remaja terbabit yang sebelum ini dilaporkan hilang.
Katanya, pihaknya tidak pasti tujuan utama remaja itu membuat laporan polis dia dirogol teman lelakinya tiga hari lalu sedangkan kejadian itu tidak berlaku.
“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan sebenar remaja itu berbuat demikian selepas dia dikesan berada di rumah teman lelakinya yang berusia 26 tahun di Kampung Merchong, dekat sini.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, March 23, 2012
@aicmalaysia sambut baik pembatalan PTPTN jika PR tawan Putrajaya
Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan PTPTN jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.
AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.
PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.
AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.
AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.
Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.
Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)
--
AIC Malaysia
Website: http://anwaribrahimclub.com
Facebook: http://fb.me/aicmalaysia
Twitter: @aicmalaysia
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Biro Mahasiswa sifatkan PM 'pondan'
Tindakan menangguhkan Pilihan Raya Kampus ini dilihat sebagai tindakan terdesak pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak melalui Kemeterian Pengajian Tinggi mengekang gelombang kebangkitan mahasiswa yang menjadi fenomena mutakahirin ini.
Biro Mahasiswa AMK juga percaya tindakan penangguhan Pilihan Raya Kampus ini ada kaitannya dengan PRU 13 yang dijangka diadakan seawal Mei tahun ini dan jika Pilihan Raya Kampus diadakan sekarang dijangka hampir kesemua kebinet Majlis Pimpinan Pelajar IPTA bakal dimenangi oleh calon-calon Pro Mahasiswa yang sering dilabel sebagai Pro Pakatan Rakyat.Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat cuba mengelak gelombang kebangkitan di kampus merebak dalam PRU 13 nanti.
Biro Mahasiswa juga menggesa pihak pentadbiran Universiti tidak terikut-ikut gaya politik 'pondan' Perdana Menteri sebaliknya mengekalkan kredibaliti universiti sebagai pusat ilmu dengan mengamalkan pendekatan politik 'gentelman' dengan memberi ruang kepada mahasiswa menyuarakan hak mereka.
Muhamad Affandi Abd Malik
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa
Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Thursday, March 22, 2012
Jom sertai #TAWAN416
#TAWAN416 adalah merupakan genderang perang yang dipalu oleh AMK Pulau Pinang untuk terus mempertahankan kemenangan di 4 Parlimen dan 16 DUN yang ditandingi KEADILAN di Pulau Pinang.
Ini menuntut usaha gigih AMK Pulau Pinang untuk merampas kembali 2 Parlimen dan baki 8 kerusi DUN yang masih dikuasai UMNO/BN di negeri ini. Tiada apa yg mustahil dalam politik. Hanya doa, usaha keras dan muafakat yang akan memastikan kemenangan rakyat pasca 308 itu dikekalkan.
Impak program #TAWAN416 ini, ditambah lagi dengan kehadiran Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi untuk bersama-sama rakyat di sepanjang kembara ini. Ada 6 'stesyen/pit-stop' menanti persinggahan Anwar Ibrahim, dan mari kita raikan bersama!
Untuk DSAI & RAKYAT, ayuh sama2 kita meriahkan program hebat ini. Sebarkan dan tag ramai2 rakan2 fb & twitter saudara/i. Terima kasih & REFORMASI!!
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Dr Ezani ikon baru dunia masakan
SELEPAS dua bulan diangkat sebagai juara sulung MasterChef Malaysia, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto mengakui kehidupannya sudah banyak berubah.
Katanya, sebelum dia menyertai program realiti masakan popular dunia itu, dia begitu mudah untuk bergerak ke mana sahaja tanpa ada yang mengenali.
Namun, kini segala-galanya berubah sekelip mata. Dr. Ezani sendiri memberitahu dia perlu mengambil masa untuk mengadaptasi kepada kehidupan barunya sebagai seorang selebriti.
“Sekarang ke mana sahaja saya pergi orang akan menyapa dan mahu mengambil gambar. Ada kala saya merasakan diri ini seperti bermimpi pula kerana tidak menyangka akan melalui perjalanan sebagai seorang selebriti.
“Apa yang lebih membuatkan saya berasa rendah diri apabila ada pihak yang mengangkat diri saya sebagai seorang ikon. Sesungguhnya ia membuatkan saya benar-benar rasa terharu.Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
@anwaribrahim sedia debat 3 penjuru bersama @NajibRazak dan @RajaPetra
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.
Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.
“Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.
“Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.
Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.
Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.
Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.
Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.
Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia yang akan disaksikan kira-kira 600 juta penonton.
Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.
“Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa,” kata Anwar.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
AIC kecam tindakan tarik balik pinjaman terhadap Mahasiswa
Skop pendidikan tidak boleh hanya ditumpu kepada konteks bilik darjah semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pemacuan pemikiran dan daya keberanian hak bersuara yang perlu dianjurkan.
Keterlibatan Mahasiswa itu dalam Perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan untuk menuntut perubahan dasar sistem undian harus dilihat dari sudut perspektif anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara satu masa kelak. Dalam erti kata lain, daya cetusan intelek mereka untuk melihat satu penambahbaikan perlu ada dalam sistem undian negara untuk menjamin demokrasi negara tidak runtuh harus diambil kira.
Sekatan pemikiran ini dilihat oleh AIC Malaysia sebagai satu cara pengekalan sistem yang jumud yang takut akan berlakunya revolusi ketamadunan pemikiran baru yang lebih tertumpu kepada daya definasi tindakan kritis untuk kemajuan sejagat. Sistem pemerintahan sekarang lebih tumpu kepada keagungan tampuk kuasa satu suara yang tidak memberi akses kepada kemajuan komunikasi dua hala yang dapat menjamin keseimbangan pembangunan ekonomi serta sosial.
Keadilan dalam melaksanakan apa yang dipanggil dasar atau undang-undang juga wajar telus, maka seharusnya Kelab Umno luar negara yang beroperasi mesti segera dibubarkan bagi memberi ruangan sama rata agar bagi mana-mana ideologi politik tidak disumbat dalam pemikiran Mahasiswa yang sedang menuntut di luar negara.
AIC Malaysia menyeru setiap negeri di Malaysia baik dari negeri pemerintahan BN atau PR untuk tidak menyekat kemaraan Mahasiswa daripada menyuarakan ketidakpuashatian dan ideologi mereka kerana ia merupakan hak bersuara individu dalam menterjemah apa yang mereka tafsirkan dari pengamatan mereka sendiri. Sekatan ini akan membantutkan perkembangan minda sihat yang teratur serta dapat dijadikan suatu dasar dalam generasi mereka kelak.
Kita juga menyeru agar Yayasan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk membantu mereka yang terlibat dalam penarikan balik pinjaman Kerajaan Terengganu agar diberi pinjaman semula kepada mereka untuk menyambung pelajaran di Universiti masing-masing. Gesaan ini atas rasa simpati kami juga mengenangkan kerugian yang akan ditanggung dari penarikan itu kerana setiap Mahasiswa negara yang ada merupakan aset penting kepada negara secara sedar atau tidak.
Al-Azadi Aljohari
Timbalan Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
AIC Malaysia
Website: http://anwaribrahimclub.com
Facebook: http://fb.me/aicmalaysia
Twitter: @aicmalaysia
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Memorandum kepada Agong isu Imam baling kasut
"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Islam dan tatacaranya... Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid," - Imam Hoslan Hussin
Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Imam Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan Imam Hoslan Hussin membaling kasut . Hukuman tersebut adalah keterlaluan dan zalim tanpa diasaskan sebarang pertimbangan moral dan perikemanusiaan . Kes yang sepatutnya ditangani dengan penuh kewajaran, belas kasihan dan bijaksana telah gagal dilaksanakan sebaliknya dengan kejam menjatuhi hukuman penjara sehingga sanggup memisahkan beliau dengan 7 orang anak dan isteri .
Tindakan memenjarakan Imam Hoslan Hussin adalah satu tindakan zalim bagi tujuan menutup isu sebenar . Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit. Pendedahan tersebut menyebabkan pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.
Imam Hoslan dan melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosinya, ekoran kesnya itu telah tertangguh sejak 1999. Isu sebenar telah ditutup dan disembunyikan melibatkan penyelewengan ratusan ribu RM oleh pentadbir Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan oleh Imam Hoslan Hussin yang pernah dilaporkan.
Justeru atas prinsip keadilan dan keperihatinan , JINGGA 13 bersama Dewan Pemuda PAS Pusat , Angkatan Muda Keadilan Malaysia,Wanita PKR Pusat, Pemuda DAP, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) , Anwar Ibrahim Club , Soladiriti Mahasiswa Malaysia dan beberapa NGO serta NGI menganjurkan PERHIMPUNAN AMAN 'BEBASKAN IMAM HOSLAN' DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG pada 24 Mac 2012 bertempat di Masjid Wilayah , Kuala Lumpur , jam 2.00 petang selepas solat zohor dengan bertemakan warna HITAM DAN PUTIH .
Perhimpunan aman tersebut juga akan turut berarak daripada Masjid Wilayah ke Istana Negera bagi tujuan menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong agar diberikan pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman agar Imam Hoslan dikembalikan ke pangkuan keluarga yang sedang bersedih menanti kepulangan beliau.
Perhimpunan aman tersebut akan dihadiri oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO serta akan turut disertai oleh isteri dan anak-anak Imam Hoslan Hussin .
Kami merayu agar seluruh rakyat Malaysia yang perihatin dan bersimpati terhadap Imam Hoslan Hussin dan ahli keluarga beliau untuk turun beramai-ramai ke perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong tersebut di Masjid Wilayah dan bersama-sama ke Istana Negara sebagai tanda soladiriti terhadap pembebasan dan perjuangan Imam Hoslan Hussin.
BEBASKAN IMAN HOSLAN!
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai..
.Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, March 21, 2012
Keadilan gesa PSC siasat pemindahan pengundi secara haram
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan SPR bertentangan dengan Akta Pilihanraya 1958 yang melakukan persempadanan semula sebelum tempoh yang ditetapkan.
“Suruhanjaya tidak dibenarkan mengubah sempadan bagi negeri dan Parlimen melainkan dilakukan persempadanan semula selaras Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan dilaksanakan lapan tahun sekali.
“Dalam tempoh lapan tahun pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi sempadan kawasan negeri atau Parlimen seperti terjadi kepada Menteri Besar Selangor,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Minggu lalu, media melaporkan Kawasan mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semakan di laman web tersebut mendapati Khalid kini pengundi di kawasan pilihanraya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, lapor Malaysiakini.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.
Bagaimanapun, Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.
Sivarasa berkata, jawapan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omaryang mengatakan kawasan Khalid tidak ditukar, tetapi sempadan diperbetulkan merupakan sesuatu yang dangkal.
Ini kerana, SPR merujuk kepada Seksyen 7(1), Akta Pilihanraya 1958, bagaimanapun peruntukan tersebut hanya terpakai bagi proses pembentukan daerah mengundi bagi setiap kawasan selepas persempadanan semula kawasan mengundi termasuk mengubah atau membuat kawasan baru.
“Seksyen 7(2) pula memperuntukkan pembahagian kawasan mengundi kepada daerah pengundian boleh diubah sekiranya perlu, bagaimanapun ini berlaku dalam pengundian yang sama.
“Perkara ini boleh disemak dalam laman web SPR di bawah Seksyen Persempadanan Bahagian Pilihanraya dan di bawah sub-seksyen Belah Bahagai Daerah Mengundi yang mana dinyatakan bahawa seorang pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi kawasan pilihanraya negeri apatah lagi sempadan pilihanraya Parlimen,” jelasnya.
Di kawasan Subang juga beliau berkata, selepas semak daftar pengundi yang diwartakan oleh SPR untuk akhir September 2011 mendapati sekurang-kurangnya 208 pengundi dipindahkan kawasan mengundi DUN dan Parlimen.
“Saya telah membuat laporan di SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon supaya diadakan siasatan terhadap penyelewengan dan tindakan haram ini,” katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Bekas SU Politik Nor Yakcop hadapi 28 pertuduhan
Shah Alam - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.
Hasbie (gambar), 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009.
Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama.
Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama.
Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Pada 10 Feb tahun lepas, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin.
Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.
Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Bernama
Ulasan GB
GB sudah ulas dahulu. Petikan:
Ini merupakan Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob yang berdepan dengan kes rasuah. Yang pertama ialah Datuk Norza Zakaria.
Kita merasakan ada sesuatu di sebaliknya. Mohd Nor Yaakob adalah Menteri Kewangan Kedua. Apakah ia lubuk bagi pengumpulan kekayaan?
Wang RM2juta itu yang ditahan. Bagaimana dan berapa pula jumlah sebenar termasuk yang telah digunakan untuk membeli hartanah yang dilaporkan berlaku di sekitar lembah kelang.
Dan peranan Mohd Nor Yaakob itu sendiri perlu diberikan perhatian.
klik pada gambar untuk baca
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
7 tahun layu terkulai dikunci amah...
Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya. Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.
“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,” katanya kepada Harian Metro.
Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.
“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.
Harian Metro
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, March 20, 2012
Jom sertai himpunan bebaskan Imam Hoslan
1. Nama: Hoslan bin Hussin
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan |
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/