SharpShooter Followers

Saturday, March 03, 2012

Wanted...Samseng taik lembu ...Mana mau lari...


Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

NONEIa termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

adam chew kwong wah jit poh journalist with blood on fingersSambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan.

Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan.

Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade.

Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut.

Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur.

NONELaporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya, disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah.

Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/