SharpShooter Followers

Friday, March 02, 2012

Bukan untuk memalukan tetapi mungkin sebab mereka tidak ada kemaluan agaknya...

rakyat tertunggu-tunggu YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Sharpshooter - Bila di TV3 suku bukan main lagi puak umporno berkokok...tetapi bila diajak berdebat...rupa-rupanya bukan ayam jantan tetapi ayam piru...kita sangka ayam jantan kokoknya nyaring tetapi sayang ekornya bergelumang tahi...mungkin hanya berani gantung bangkai ayam dipintu....sebenarnya bukan untuk memalukan tetapi mereka memang tidak ada kemaluan agaknya....

Kenyataan Media

PEMUDA PAKATAN PENANG hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Sdr. Hasbul Hazani Daud yang mendakwa bahawa program Debat Perdana yang membincangkan tajuk “Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?” di antara YAB Tuan Lim Guan Eng dan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada malam tadi bertujuan menjatuhkan nama baik YB Tan Sri Nor Mohamed.

Setakat jam 10.30 malam, sebelum debat berlangsung, pihak PEMUDA PAKATAN PENANG telah menerima surat maklumbalas daripada pejabat Ketua Menteri yang telah mengesahkan kehadiran YAB Tuan Lim Guan Eng untuk menyahut seruan debat ini. Bagi pihak YB TS Nor Mohamed Yakcop pula, tiada maklum balas yang diterima selepas tamat tempoh maklumbalas pada 7 Februari lalu.

Namun kami masih menaruh harapan yang tinggi beliau akan hadir, dengan anggapan beliau berkemungkinan besar akan hadir memandangkan debat ini diadakan di kubunya sendiri, juga merujuk kepada kelantangan beliau semasa mengatakan ekonomi negara akan runtuh jika tol dimansuhkan serta mengikut budaya orang Melayu, yang bila senyap itu tandanya BERSETUJU.

Keputusan untuk meneruskan juga program ini dibuat oleh PEMUDA PAKATAN PENANG kerana sebab-sebab berikut;

Mahu mendedahkan kebenaran yang disembunyikan oleh Kerajaan Pusat selama ini terhadap keuntungan berbilion Ringgit yang dikaut oleh Regim UMNO-Barisan Nasional daripada konsesi-konsesi tol lebuhraya seluruh negara.

Memberi ruang seadil-adilnya untuk kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) meyakinkan rakyat akan adakah benar Malaysia akan bankrap jika tol-tol lebuhraya dimansuhkan.

Memperkenalkan budaya politik baru dan sihat kepada rakyat, dan bukannya politik adu domba, politik fitnah, politik lucah dan politik longkang yang dijuarai oleh Regim UMNO-Barisan Nasional. Budaya baru adalah berhujah dengan fakta lawan fakta dan inilah yang amat didambakan oleh rakyat.

Kami memahami Saudara Hasbul mahu mempertahankan bossnya dalam hal ini, dengan mengatakan laporan polis yang dibuatnya adalah demi kebenaran dan membersihkan nama YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, kebenaran sebenar yang perlu ditegakkan adalah dengan beliau berhadapan sendiri dengan pengundi-pengundinya di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan berani bertanggungjawab di atas kenyataannya yang mengatakan Malaysia akan bankrap jika tol lebuhraya dilupuskan.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID,
Pengarah Program GASAK 292 merangkap
Penyelaras Program Pemuda PAKATAN Penang

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/