SharpShooter Followers

Tuesday, March 20, 2012

Jom sertai himpunan bebaskan Imam Hoslan

KRONOLOGI KES IMAM HOSLAN HUSSIN YANG DIPENJARA KERANA MEMBALING SELIPAR!!

1. Nama: Hoslan bin Hussin
Anak: 7 orang (berusia antara 6-16 tahun)
Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar.


2. Bekas pengikut Arqam dan penyokong PAS
Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.

Tahun 90-an

1. Penyelewengan duit Masjid Ar Rahimah berlaku
Beliau mendakwa, dakwaan penyelewengan berjumlah "ratusan ribu" itu antara lainnya melibatkan bayaran sewa tanah masjid, kutipan daripada tabung masjid dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau mendakwa, penyelewengan itu berlaku sejak tahun 1990-an lagi.

Tahun 2002
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

1. Tinggal di kuarters masjid bersama tujuh anak! Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.

Tahun 2005

1. Dilantik menjadi imam rawatib
Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

2. Menerima elaun RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib
Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.

3. Menghidu penyelewengan duit masjid
Beliau mendakwa mula menghidu perkara itu apabila dilantik sebagai imam rawatib di masjid tersebut sejak tahun 2005.

4. Dibentuk 4 ahli jawatankuasa bertindak oleh MAIWP
Difahamkan pada tahun itu juga, sebuah jawatankuasa bertindak yang dianggotai empat ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dibentuk dan menghantar laporan kepada MAIWP pada Februari 2006, yang kemudiannya menjalankan audit dalaman pada bulan berikutnya.

Feb 2006
Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali

1. Jawatankuasa bertindak menghantar laporan

Mac 2006

1. Audit dalaman dijalankan dan mesyuarat sahkan duit banyak hilang antara tahun 2003-2005
"Mesyuarat itu sahkan banyak duit hilang," dakwa Hoslan lagi yang merujuk kepada mesyuarat hasil daripada audit dalaman untuk tahun 2003 hingga 2005 – dijalankan jabatan tersebut pada Mac.

Mesyuarat berkenaan dikatakan antara lainnya mendapati perbezaan di antara penyata kewangan, penyata kutipan dan penyata bank masjid tersebut, menurut minit mesyuarat itu

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali itu juga dikatakan mendapati jawatankuasa itu tidak mengetahui mengenai sumbangan jabatannya sebanyak RM2,000 setiap tahun.

22 Mei 2006

1.Pertemuan JAWI dengan semua ahli jawatankuasa masjid
Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006. MAIWP selaku pemegang amanah masjid tersebut kemudiannya dikatakan telah mengadakan mesyuarat dengan memanggil semua ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah pada Mei 2006, mengikut peruntukan Seksyen 72, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

2. Jawatankuasa dipecat atas dakwaan penyelewengan dan jawatankuasa baru dilantik
Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.

Julai 2006
1. Laporan polis dibuat atas salahlaku dan penyelewengan kewangan masjid.Satu laporan polis kemudiannya dibuat pada Julai 2006, atas dakwaan salahlaku dan penyelewengan kewangan terhadap seorang pegawai masjid berkenaan pada Julai 2006 berhubung isu yang dibangkitkan dalam mesyuara berkenaan.

Laporan di Ibu Pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu juga dibuat berhubung kutipan tabung masjid yang didakwa dibuat tanpa rekod sah.

Tahun 2008
1. Masalah disiplin Imam Hoslan menimbulkan rasa malu pentadbiran masjid
"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.

Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan. (Nak Jadi Imam pun kena pakai pakaian rasmi?)

Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.

2. Membantu setiap pilihanraya kecil PAS
Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu. (Bantu menegakkan syiar ISLAM pun salah?)

16 Mei 2008

1. Pertemuan jawatankuasa masjid dengan Imam Hoslan dan jawatan imam ditamatkan.
Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008. Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan. (Apa salah dia? Menegakkan kebenaran pun salah?)

2. Duduk di kuarters masjid tanpa kebenaran
Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.(Kesalahan belum dibuktikan! Apakah tidak ada lagi belas kasihan sesama ISLAM! Melainkan dia sudah terbukti bersalah! Barulah dia berhak dihalau!)


3. Notis dari MAIWP mengosongkan kuarters
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

4. Berkeras duduk di kuarters masjid
Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ. (MAIWP sudah tidak ada belas kasihan pada bekas Imamnya? Nauzubillah)

Jun 2011
1. Dihalau kerana pendedahan penyelewengan
Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.

Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan. "Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi.

2. Perintah Mahkamah dikeluarkan
Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.

3. Merayu di Mahkamah Rayuan

Julai 2011
1. Mengangkat jubah menunjukkan baju T BERSIH 2.0 ketika khutbah Jumaat.
Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, Khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan. Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya (Dia dedah aurat ke?)


22 Feb 2012

1. Merayu di Mahkamah Persekutuan akan perintah Mahkamah mengosongkan kuarters masjid.

2. Keadilan cuba ditegak bukan berkenaan pengusiran tapi berkenaan kes penyelewengan duit masjid dan kaitan UMNO dengan MAIWP

Hoslan cuba mempertahankan diri dengan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan. (Polis & SPRM terbukti tidak buat kerja) Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.(siapa tak kenal UMNO? bukannya nak tegakkan syiar ISLAM! Kalau boleh nak Melayu berkuasa bukannya ISLAM!

3. Tidak diwakili peguam
Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid. Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya! (Dahler gaji disekat! Tak dibekalkan pula peguam bela? Inikah ISLAM yang diajar oleh MAIWP? Wallahualam)

4. Mahkamah menolak rayuan beliau atas perintah Mahkamah Tinggi mengusir beliau dari kuarters kerana beliau lambat mengemukakan rayuan. Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan. (Mahkamah bertindak diluar batas kemanusian tanpa mengira faktor Imam Hoslan mungkin dizalimi dan tidak diberi haknya)

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan. Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu. (Imam Hoslan masih tidak diberi peguam bela untuk membela kesnya!)

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib. (Inikah sikap seorang muslim? Bukannya hendak membantu seorang Imam tetapi terus menghukum Imam tersebut tanpa memberi ruang untuknya mempertahankan diri!)

5. Membaling selipar ke arah Hakim setelah tak boleh terima alasan rayuan ditolak. Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.(Imam adalah manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan! Bila sudah hilang sabar! Inilah jadinya! Yang menyedihkan kita, hakim tersebut juga beragama ISLAM!)

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

6. Balingan terkena Timbalan Pendaftar
Surat oleh timbalan pendaftar mahkamah Jumirah Marjuki itu juga menyatakan bahawa balingan tersebut mengenai seorang timbalan pendaftar ketika mahkamah itu bersidang. (Ingatkan kena tepat pada Hakim, rupa-rupanya terkena pada Timbalan Pendaftar je?)

7. Hakim tidak buat apa-apa perintah mengenai tindakan membaling selipar itu. Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

8. Tidak tahu prosedur sehingga menyebabkan rayuan ditolak "Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

23 Feb 2012
1. Membuat laporan polis ke atas hakim
Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari. "Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.

24 Feb 2012

1. Menjawab sebab baling selipar kerana kehakiman negara sudah rosak
Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.

"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

2. Tinggal di PPRT Cochrane Kuala Lumpur
Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

7 Mac 2012
1. Menerima surat untuk hadir mahkamah kes baling selipar
Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima surat berkenaan hari ini, yang meminta beliau hadir ke mahkamah berkenaan pada pagi esok.

Beliau diminta menjelaskan sebab yang boleh menghalang Mahkamah Persekutuan daripada mengambil tindakan ke atas kesalahan "menghina mahkamah" itu, kata Hoslan yang membacakan surat berkenaan.

Surat itu juga menyebut, "(Hoslan) telah bertindak menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah panel hakim ketika mahkamah sedang bersidang."

Hoslan berkata, surat berkenaan diserahkan kepadanya oleh anggota polis ketika beliau pulang ke rumahnya di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Kuala Lumpur tengahari ini.

2. Meminta pandangan peguam (akan diwakili peguam)
Bagaimanapun, Hoslan berkata beliau tetap akan mendapatkan pandangan daripada peguamnya terlebih dahulu, petang ini.


8 Mac 2012
1. Memohon maaf dan kesal kerana membaling selipar
Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.

"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.


2. Menangis dengan kuat dan solat sunat
Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah. Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.


3. Keliru dengan perjalanan kes
Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu. Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal." Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.

4. Keputusan hakim menjatuhkan penjara setahun
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung. (Baling selipar pun kesalahan yang serius? Habis tu yang seleweng duit zakat & masjid tu kesalahan yang tidak serius?)

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong. Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara. (Wakil Peguam Negara pulak yang berkuasa menetapkan hukuman? Apa gunanya hakim dalam kes ini)

Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.
Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan. Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya. (Yang seleweng duit zakat tanpa diambil tindakan tu tak menghormati institusi Masjid tak diambil tindakan pula?)

Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.

"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.

"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.

5. Tindakan membaling selipar tidak dapat dipertahankan, namun peguam bela, Karpal Singh minta pertimbang emosi, faktor keliru dan anak-anak Imam Hoslan perlu tanggung.

Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."

Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru." Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar.

Anda setuju Imam Hoslan Dibebaskan?


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/