SharpShooter Followers

Monday, April 30, 2012

Jingga 13 - BRUTALITI POLIS : PM,MENTERI DALAM NEGERI,SPR DAN KETUA POLIS NEGARA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB

http://m.youtube.com/?client=mv-rim#/watch?v=-9y-KX72454

Jingga 13 menyelar tindakan brutaliti polis yang ternyata menjadi punca tercetusnya susana gawat dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 semalam.

Tembakan gas pemedih mata yang ditembak kepada para demontran aman semalam telah mengakibatkan suasana yang tidak terkawal dan mencetuskan kemarahan rakyat kerana kehadiran lebih 250 ribu orang menyertai BERSIH 3.0 dengan niat aman dan bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

4 orang ahli Sakretariat Jingga 13 turut ditahan , dipukul dan dicederakan oleh pihak polis membuktikan tindakan brutaliti polis yang tidak dapat disangkalkan dan turut dilakukan terhadap semua demonstran yang turut dibelasah dan dicederakan.

Tindakan kereta polis yang muncul ditengah-tengah para demonstran disaksikan oleh saya sendiri yang bertindak memecut ditengah-tengah para demonstran yang menimbulkan kemarahan sehingga telah melanggar orang yang tidak bersalah. Isu kereta polis melanggar orang secara membabi buta tidak digemburkan tapi media UMNO terus menceritakan bagaimana para demonstran bertindak ganas terhadap anggota polis dan kereta polis .

Isu beberapa orang yang dilanggar oleh anggota polis tersebut yang hingga terpaksa menebalikkan kereta kerana terdapat mangsa yang dilanggar berada di bawah kereta terus disembunyikan.

Perdana Menteri . Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negeri wajar dipertanggungjawab terhadap segala apa yang berlaku .

Tindakan brutaliti polis yang membelasah, menzalimi para demonstran benar-benar mengecewakan dan membuktikan tindakan tersebut adalah di atas arahan dan disokong oleh mereka malah menyokong segala tindakan brutaliti yang dilakukan oleh pihak polis.

SPR wajar dipersalahkan kerana atas ketidak ketelusan , berat sebelah dan tidak profesional badan yang seharusnya adil, telus dan profesional menyebabkan rakyat bangkit turun ke jalanraya menyertai BERSIH 3.0. Sekiranya SPR menjadi badan yang adil, telus dan profesional sudah pasti tidak wujud perhimpunan sepertimana BERSIH 1.0,2.0 dan 3.0. Pengerusi SPR , Timbalan Pengerusi SPR dan seluruh Jawatakuasa SPR wajar meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah secara adil, telus dan profesional.

Satu Suruhanjaya DiRaja wajar dibentuk bagi menyiasat dan mendakwa semua yang terlibat dalam tindakan zalim terhadap rakyat. Atau kita bersedia untuk BERSIH 4.0 BILA PARLIMEN DIBUBARKAN!

Muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 29, 2012

Ceramah selepas #BERSIH 3.0 - Artis Dayang Ku Intan sepentas bersama Anwar

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Parlimen Batu

29 April 2012 (Ahad)

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Selepas Bersih 3.0 ?

Lokasi: Padang Bola Taman Dato' Senu, Sentul

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.YB Tian Chua

iii. YB Manikavasagam

iv. YBhg Cik Gu Isyak Surin

v. YBhg Dayang Ku Intan & Fadiah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 28, 2012

Terkini #BERSIH 3.0 Polis apco kepong Masjid Jamek

Agak keterlaluan hingga 6.30ptg tiba-tiba polis apco kepong Masjid Jamek, rakyat nak balik tetapi dikepong oleh polis apco.

Jangan jadi anjing umporno..gaji kamu rakyat yang bayar. Uniform kamu pun rakyat yang bayar..mengapa terlalu zalim pada rakyat yang mahu berhimpun secara aman.

Umporno berhimpun 3 hari 2 malam kamu benarkan, mengapa kami kamu halang dan bertindak ganas?



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terkini #BERSIH - polis apco masih terus menembak di kawasan Masjid Jamek

Baguslah sebab umporno b-end tak pernah belajar dari kesilapan mereka pada BERSIH 2.0. Ketika itu imej najib sedang meningkat naik tetapi selepas BERSIH 2.0 imej najib terus merudum dan menjunam.

Sekali lagi rakyat berhimpun untuk BERSIH 3.0 , kali ini lautan kuning mewarnai ibukota sekali lagi sejarah tercipta.

Sharpshooter bersama isteri dan dua anak turut bersama mencipta sejarah BERSIH 3.0 tetapi nasib agak malang kerana isteri dan anak-anak terjatuh ketika polis apco menembak dengan gas pemedih mata. Mujur Unit Amal PAS sempat selamatkan mereka. Jazakallah kepada Unit Amal PAS kerana ketika itu kami terpisah dalam lautan manusia. Isteri dan anak-anak tidak serik malah mereka bertambah semangat berjuang demi masa depan mereka.

Ketika ini polis apco masih terus menembak di kawasan persekitaran masjid Jamek. Rakyat semakin marah dengan rejim, rakyat sudah buat keputusan dan bertekad untuk tumbangkan rejim umporno b-end.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terkini #Bersih lautan manusia berjiwa bersih berarak ke Dataran Merdeka dari Masjid Jamek

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terkini Bersih 3.0 dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terkini @anwaribrahim sedang berucap di Masjid Jamek

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 27, 2012

50 ribu mahasiswa dan anak muda akan sertai BERSIH 3.0

Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan.

Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006.

Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat ‘menghormati’ Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan.

Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap ‘proaktif’ sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak Bersih. Barangkali juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan Bersih untuk tetap berhimpun di Dataran Merdeka menyebabkan Bersih dan penyokongnya dilabel sebagai degil dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini.

Media (TV3, Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan ‘bersuara’ oleh beberapa orang menteri, agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa himpunan Bersih 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan kehadiran rakyat ke Bersih 3.0.

Mahasiswa selaku kunci penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal, berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana pasti akan berekspresi secara rasional.

Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah!

Saya yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan anak muda akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini.

Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, April 26, 2012

Dapat duit BR1M RM500 pakat-pakat beli lembu buat kenduri sertai PAS...bijak..bijak..

Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

“Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.

"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS,” ujarnya pada perasmian penutup Ijtima’ Almala’ di Kota Darulnaim baru-baru ini.

Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pelancaran BERSIH 3.0 Peringkat Makkah al Mukarramah

Pelancaran BERSIH 3.0 Peringkat Makkah al Mukarramah sebentar tadi jam 9.30 am waktu Saudi. Pelancaran disempurnakan oleh Ketua DPPM. Turut hadhir ialah Timbalan Ketua DPPM.

Semoga sistem pengendalian dan pengurusan pilihanraya lebih telus dan adil....

Semoga Islam bakal tegak dan zahir di Malaysia



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Heeeiiii....Pengerusi dan Timbalan SPR...rakyat sudah tahu asal usul mu...elok letak jawatan...jangan jadi SETAN....



Heiii Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR...rakyat dan tahu asal usul mu...rupamu rakyat dah tahu umporno..lubang hidungmu berbau umporno...darahmu juga cap keris umporno..eloklah letak jawatan...jangan jadi SETAN....

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.

NONEBeliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu.

Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."

Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BERSIH 3.0 - DUDUK dan BANTAH 70 tempat serentak di seluruh dunia, bakal pecah rekod dunia


Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja. Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town).




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

DBKL rampas baju BERSIH 3.0

Syabas dan terimakasih kepada DBKL dan puak2 yang mengugut BERSIH 3.0 kerana tindakan anda telah kembali memanaskan BERSIH 3.0 yang agak 'sejuk' sebelum ini.

Rakyat memang tertunggu-tunggu tindakan seumpama itu atau buat laporan polis diseluruh Negara oleh 'perkasam' ke 'tibai' ke 'cibai' ke yang mendesak polis menghalang dan merampas baju BERSIH 3.0 seperti mana mereka ugut dan tangkap ketika BERSIH 2.0 tahun lalu.

Mereka tak tahu rakyat sekarang ini, lagi ugut lagi lawan, lagi tangkap lagi lawan, lawan tetap lawan.

Keadilan Daily melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini.

Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.

"DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.

"Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!" tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.

"Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?" tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.

Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.

"Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN," katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 25, 2012

7 sebab mengapa Khalid dituduh bantu umno rampas semula Selangor?

Artikal yang baru keluar di FREEMALAYSIATODAY. Tulang Besi merasa artikel ini penting kerana ia melaporkan:

a. MB Selangor telah maklum usaha mendaftar pengundi hantu dan pengundi asing semenjak tahun lepas lagi

b. Namun, segala usaha untuk membantah nama2 ini dari daftar pemilih tidak dibantu walau sedikit pun oleh MB

c. Dana RM1 juta yang pada mulanya diumumkan beliau tidak dibelanjakan kecuali sedikit bagi tujuan bantahan kepada SPR

d. MB Selangor seperti tidak kesah usaha pengundi hantu ini walaupun telah diberitahu

e. MB Selangor tidak mahu membantu PAS Selangor serta NGO lain di dalam usaha mereka memerangi pengundi hantu

f. Dana RM5 juta yang diisytiharkan oleh MB Selangor ini dibuat selepas tamat tempoh bantahan SPR. Jadi, apa gunanya dana ini lagi kerana Daftar Pemilih telah pun diwarta oleh SPR

g. MB mahu menggunakan khidmat JKKK dan Penghulu negeri untuk membasmi pengundi hantu. PAdahal, jumlah mereka ini kecil sedangkan bilangan pengundi yang disyaki sebagai hantu adalah dalam jumlah 150,000 nama. Di manakah kewarasan cadangan ini?

Pokoknya sikap MB yang menolak menggunakan jentera pilihanraya yang telah sedia ada adalah amat menghairankan?

Tulang Besi merasa kecewa kerana MB Selangor tidak serius memerangi pengundi hantu sedangkan beliau berpeluang melakukan demikian semenjak tahun lepas lagi. 

Mengikut artikel ini, kalau ditakdirkan Selangor jatuh, Barisan Nasional harus berterima kasih kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana tidak mahu membantu apa-apa usaha bagi membersihkan pengundi hantu sebelum ini. 

Tulang Besi

'Umno should thank Khalid if S'gor falls' G Vinod - April 24, 2012

A source close to Selangor PKR alleged that Khalid is 'handing the state back to BN' by not acting to get the electoral roll in the state cleaned up.
PETALING JAYA: Umno should "thank" Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim if the Barisan Nasional (BN) retakes the state in the 13th general election, said a source close to Selangor PKR.

The source, who claimed anonymity, said this after alleging that Khalid had been dragging his feet in disbursing funds to get the electoral roll in the state cleaned up.

"The objection period set by the Election Commission [EC] expired in March. So what's the point of him allocating RM5 million to clean up the electoral roll now?" said the source.
Last week, Khalid announced that the state government had allocated RM5 million under its "democratisation programme" to clean up the roll before the 13th general election.

"This is a special initiative to allow people regardless of their political affiliations to file complaints if they find any suspicious voter," Khalid was reported as saying.

Although another objection period to the electoral list would be in June, it is widely speculated that Prime Minister Najib Tun Razak may dissolve Parliament next month.

The EC charges RM10 to investigate for every name objected in the electoral list. The source said that even last year, Khalid had announced RM1 million to get the list cleaned up after the Mismah-gate scandal erupted.
(In August last year, opposition politicians alleged that an Indonesian permanent resident in Malaysia known as Mismah was awarded voting rights by the EC.

(She was registered as a voter in Ijok, the state seat of Khalid. Subsequently, Pakatan leaders urged the government to set up a Royal Commission of Inquiry to investigate the matter.)

(However, the EC attributed the error to a technical glitch after conducting an investigation.)

"Selangor PAS and several other NGOs had estimated that there are about 150,000 dubious names in the state electoral list in 2011, but when we asked Khalid for funds to raise objections, he never entertained us," the source said.

He said that only in March this year did Khalid disburse more than RM60,000 after much pressure but it was too late. The source also said that Selangor executive councillor Yaakob Sapari was in charge of handling the RM5 million programme.

"But Yaakob is not too keen to be in charge of the programme in the first place. Besides, no unit in the state government had the expertise to deal with electoral fraud," he said.

'A mistake to trust Khalid'

The source claimed that Khalid had wanted to train the Village Security and Development Committee (JKKK) to report on fraudulent voters. However, he questioned such a proposal, saying it would take months to train the JKKK to identify fraudulent voters.

"Why doesn't Khalid just give the funds to political parties or NGOs which have experience in dealing with electoral fraud? It's not like we are going to use the money for ourselves," the source said.

He added that if Khalid wanted to train the JKKK to detect electoral fraud, he should have done it last year.

"We had warned Khalid of an increase in dubious voters in Selangor last year but he just refused to act," the source said.

He cited Kelantan, where the PAS state government had consistently raised objections to dubious names on the electoral list with the EC.

"That's how PAS had managed to rule the state for 20 years," the source said.

He added that he regretted that he did not raise the matter earlier because he had faith in Khalid.

"If we were given the funds earlier, we could have at least got the EC to clean up 60% of the electoral roll.

I think Opposition Leader Anwar Ibrahim made a mistake by putting his trust in Khalid to run the state," said the source.
Best to let locals to deal When contacted, Yaakob said cleaning up the electoral roll was only part of the "democratisation programme" mooted by Khalid. "Among others, we are trying to get people to register as voters and get Selangor-born people outside of the state to come back and vote," he said. He also said that while he was in charge of the programme, the money was being handled by a state agency, Menteri Besar Incorporated.

On why the state refused to give funds to political parties and NGOs to clean up the electoral roll, Yaakob said it was best for the JKKK to handle the matter as it knows the people best. "How can an NGO or political party know who lives in a village in Ulu Bernam?
Only the locals there would know best," he said.

When asked if it was too late to train the JKKK's to identify fraudulent voters, Yaakob said it was easy to train JKKK for the task. "All you need to do is go door-to-door to find out who lives in a particular village.

That's why JKKK's is the best authority to do so," he added.


-
Posted By Tulang Besi

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hj Malik bela penduduk dan peniaga lawan Mat Sembab

Saya memandang berat aduan penduduk Batu Maung, yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka mengalami kesulitan kerana jalan masuk ke kediaman mereka akan ditutup selama beberapa hari, semata-mata untuk meraikan kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke Batu Maung pada 26 April 2012.

Ia membabitkan lebih 20 blok kediaman dan puluhan lagi rumah-rumah yang melibatkan ribuan keluarga. Penutupan jalan dirancang dari 22 hingga 28 April bagi majlis yang dirancang pada 26hb April 2012.

Bahkan, saya juga menerima aduan daripada para peniaga pasar malam di Lebuhraya Batu Maung yang kebanyakan berbangsa Melayu, di mana rezeki mereka akan terjejas lantaran tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tapak perniagaan mereka akan digunakan untuk persiapan majlis berkenaan. Dua pasar malam yang akan terlibat iaitu hari Ahad 22 April dan 24 April hari Selasa.

Justeru, bertindak atas aduan penduduk yang saya wakili, saya bergegas ke tempat tapak berkenaan pada 22/4 hari Ahad jam 11pagi dan mendapati aduan penduduk berasas.

Hasil siasatan pihak saya mendapati pihak berkenaan telah menggunakan jalan tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri.

Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa, menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan di atas jalan raya.

Tindakan mereka jelas tidak menghormati undang-undang, bahkan membelakangkan kepentingan rakyat Batu Maung, yang akan menyebabkan kesusahan dan kerugian.

Lantaran itu, saya telah meminta pihak kontraktor memindahkan barang-barang dari lokasi ini dengan kerjasama pihak Penguatkuasa MPPP, pihak PDRM juga hadir dan selepas kira 3 jam pihak kontraktor beredar dan membuka jalan ini.

Semasa itu peniaga pasar malam telah mula sampai dan kelihatan marah dan gelisah sebab persiapan perniagaan mereka seperti makanan dan bahan mentah seperti ikan, sayur akan rosak dan terpaksa menangung kerugian.

Saya juga bertanya sebab apa pihak penganjur tidak mengunakan Padang Taman  Iping yang luas atau dewan-dewan yang ada di sekitaran.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bekas Pak Menteri Kadiaq sepentas bersama Anwar Khamis ini, ceramah ok tetapi bukan calon PRU 13.

Siri Jelajah Anwar Ibrahim Ke Wilayah Persekutuan

Jom Bersih 3.0

26 April 2012 (Khamis)

1) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi – Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut

2) 9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana - Countdown Bersih 3.0

Lokasi : Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii. YBhg Tan Sri Kadir Sheikh Fadir

iv. YB Khalid Samad

v. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

Jika 100 orang yang ditanya adakah anda bersetuju jika bekas pak menteri kadiaq menjadi calon PRU akan datang? Maka terus 200 orang yang akan menjawab..tidak sama sekali..cukuplah belajarlah dari kesilapan yang lalu..cukuplah zahrain and the gang buat taik..jangan Anwar ulangi kesilapan yang sama..berceramah sepentas ok tp bukan menjadi calon PRU 13.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 24, 2012

Syyy...Kalau dah bodoh pun janganlah sampai rakyat tahu kamu memang bodoh...

Syyyy...kalau dah bodoh pun janganlah sampai rakyat tahu kamu bodoh macam lembu...sebodoh-bodoh lembu mamee ijat pun dah tinggal di kondo..rakyat sekarang tak sebodoh itulah....

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan juga berkata beliau sedia mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemerhati pilihan raya luar negara, susulan daripada jemputan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menjemput kumpulan pemerhati berkenaan.

"(Pemerhati) sepatutnya datang melalui SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Saya akan jelaskan kepada mereka," katanya.

Tengku Adnan berkata, jemputan itu dibuat Anwar melalui satu surat kepadanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wajib hadir BERSIH 3.0 - TG Nik Aziz

Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini. Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. “Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan. Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam. “Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. “Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. “Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

  Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pelakon Bukit Kepong sertai Keadilan sempat bertemu Mat Sabu

Masih segar dalam ingatan Mat Sabu teruk dilanyak setiap hari hampir sebulan di kaca TV kerana isu komunis dan polis di Bukit Kepong. Natijahnya apa? Natijahnya balu polis Bukit Kepong menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.

Kini gempar pula pelakon dalam Filem Bukit Kepong - Shamsudin Baslah yang memegang watak MM (Mata-Mata) Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan beliau sempat bertemu dengan Mat Sabu ketika Mat Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk sdr Azmizam Ketua AMK Selangor berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang

Pelakon Bukit Kepong pun tahu kebenaran dan sokong Pakatan Rakyat...dia tak mahu jadi "lembu umporno"...


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Raja terlawak - 'SPR terbersih di dunia' - Keadilan Selangor mobilisasi 80,000 ahli dan jentera ke BERSIH 3.0 : DUDUK dan BANTAH

PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) SELANGOR AKAN MOBILISASI SERAMAI 80,000 AHLI DAN JENTERA PARTI KE BERSIH 3.0: DUDUK & BANTAH

KEADILAN Selangor memandang serius akan ketempangan yang semakin memberat sebelah dan cubaan putar belit oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) termasuk Pengerusinya baru baru ini yang mendakwa senarai pengundi negara ini sebagai yang 'terbersih' di dunia.

Sekian lama mengharap dan menunggu pembaharuan pasca BERSIH 2.0 didapati ia masih belum diselesaikan oleh SPR bahkan tindakannya semakin mengarut apabila pilihanraya semakin hampir.

KEADILAN Selangor melihat tindakan oleh SPR seperti 'Pengerusi Perhubungan UMNO negeri ke 15' dan apabila ditinjau penggubahan dan pemansuhan beberapa seksyen kritikal dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kami berpendapat bahawa SPR jelas tidak serius malah bertindak mengelirukan rakyat dalam usaha yang tidak diragukan lagi, memenangkan UMNO BN pada pilihanraya umum yang mendatang.

KEADILAN Selangor merasakan bahawa desakan lebih 80 NGO dibawah naungan BERSIH khususnya demi memastikan negeri Selangor mendapat pilihanraya yang bersih dan adil untuk rakyat Selangor tidak mungkin tercapai dengan tindakan terbaru SPR yang terkini.

Manakala UMNO dan BN dilihat sengaja menguji kesabaran dan daya juang rakyat apabila sengaja menerobosi kelulusan bil undang-undang di Parlimen tanpa mengambil peduli tempoh yang sesuai untuk memperdebatkannya.

Pindaan terhadap akta tersebut dilakukan semberono, tanpa ditapisi hujahan intelek dan keputusan berdasarkan kajian, dan memperlihatkan perancangan lemah Menteri Undang-Undang Malaysia, Dato' Nazri Aziz, dalam mengurus perjalanan perdebatan bil di Parlimen.

Kami di KEADILAN Selangor, sesungguhnya dan dengan sejujurnya merasakan bahawa Rakyat Selangor perlu bangkit untuk turut serta mengambil bahagian dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0: Duduk dan Bantah, berdasarkan hujah-hujah yang berikut:

1. Peningkatan pendaftaran undi yang mencurigakan di beberapa kawasan Parlimen dan DUN di negeri Selangor, khususnya yang diwakili wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR);

2. Pemberian kad pengenalan untuk mengundi kepada warganegara asing sepertimana yang berlaku dalam insiden di Sepang baru-baru ini adalah benar benar terjadi;

3. Pemindahan lebih daripada 31,294 bakal pengundi tanpa keizinan pengundi itu sendiri, bahkan ada yang didaftar sebagai pemilih tanpa pengetahuan mereka seperti kes yang barlaku pada individu dari Taman Sri Muda baru baru ini;

4. 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR, bahkan alasan lemah dihujah bagi memesongkan minda rakyat;

5. Daftar pengundi yang masih penuh dengan senarai yang mencurigakan seperti satu alamat tetapi memiliki lebih dari 10 orang pengundi dan lebih 1000 bakal pengundi berumur 100 tahun ke atas termasuk yang lahir pada 1853;

Dan pelbagai lagi kelemahan yang telah dihantar sebagai Laporan Minoriti namun ditolak oleh UMNO dan BN di Parlimen.

KEADILAN Selangor amat kesal ribuan bantahan yang diadukan berkenaan senarai nama daftar pengundi, namun sehingga kini, masih belum dapat dilihat sebarang reaksi positif daripada SPR untuk memastikan Suruhanjaya ini dilihat bebas dan adil dari kongkongan parti pemerintah.

Ini ditambah dengan beberapa kenyataan dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Dato Seri Najib Razak yang telah mengistiharkan untuk BN Selangor merampas Selangor dengan "apa cara sekalipun". Kami menduga, inilah 'cara haram' yang akan digunakan!

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan perkara jelek diatas, maka tidak salah sekiranya saya membuat telahan bahawa penipuan yang dasyat dalam daftar undi dan perjalanan proses pilihanraya merupakan salah satu cara jahat utama dan tidak beretika yang bakal dilakukan oleh UMNO dan BN demi meraih kemenangan haram.

Kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor dalam mencatat rizab wang negeri melebihi RM 1.9 billion dan keuntungan memberangsangkan anak-anak syarikat kerajaan negeri menjadikan negeri Selangor ini sebagai lubuk emas yang diidami oleh BN Selangor dan konco-konconya. 

Setelah PR bersusah-payah mengumpulkan kekayaan untuk dinikmati rakyat, kini UMNO dan para kroni mereka 'terliur' melihat prospek kekayaan jutaan yang bakal dibolot, disonglap dan digunakan untuk kegiatan 'joli katak' dan pembelian banglo ala Bali.

Kalau dilihat pada sentimen rakyat Selangor, ternyata Pakatan Rakyat Selangor telah mendapat tempat dihati rakyat kerana kejayaan program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah berjaya dimanfaatkan oleh jutaan rakyat Selangor.

Melihat kepada sejarah pilihanraya di Malaysia ini, parti yang mendapat tempat dihati rakyat belum tentu lagi akan dapat mempertahankan negeri yang dikuasai; sebagai contoh Terengganu di bawah pemerintahan PAS akhirnya kecundang kerana 'Ops Terengganu' dan 'Gelombang Biru' dalam memanipulasi pendaftaran pengundi dan perjalanan proses pilihanraya termasuk tindakan haram pemberian 'wang ehsan' kepada ejen haram kerajaan pusat bernama UMNO tanpa menghiraukan Dewan Undangan Negeri yang dinaungi Sultan Terengganu.

Adakah tindakan pada waktu itu dilihat sebagai menjunjungi kedaulatan Sultan?

KEADILAN Selangor turut juga memberikan sokongan dan solidariti bersama adik-adik Mahasiswa dan Mahasiswi di menara gading yang menuntut pemansuhan PTPTN; juga bersama bersatu hati dengan rakan-rakan pergerakan Anti-Lynas dan pergerakan Asal Bukan UMNO (ABU), ayuh kita bersama-sama berganding bahu, yang tua dengan yang muda; yang miskin mahupun yang kaya, bersama-sama ke medan perjuangan menuntut keadilan yang dilupuskan oleh UMNO dan BN!

Ahli parti dan jentera KEADILAN Selangor sedar akan hal ini, maka dengan penuh rasa tanggungjawab KEADILAN Selangor akan mengerahkan seluruh ahli parti berada di barisan hadapan mengemudi kemaraan rakyat Malaysia yang bakal turun pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Jesteru, seramai 80,000 anggota KEADILAN dan jentera parti dari Selangor diseru hadir ke BERSIH 3.0: Duduk & Bantah.
Sebagaimana kejayaan KEADILAN Selangor berjaya menghimpunkan hampir keseluruhan ahli parti pada himpunan aman BERSIH 2.0 dan himpunan BEBAS ANWAR 901, saya berasa amat yakin tahap disiplin dan prinsip perjuangan yang jitu akan menjadikan BERSIH 3.0 sebagai satu lagi medan kepada jentera dan ahli parti untuk berhimpun dalam menghadapi PRU 13 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

KEADILAN Selangor menyahut seruan ke arah pilihanraya yang bersih dan adil, akan menggerakkan seluruh kekuatan jentera dan ahli parti negeri ini untuk turun dengan aman bagi memastikan segala tuntutan BERSIH 3.0 akan dipenuhi oleh SPR sebelum PRU 13.

KEADILAN Selangor bertegas, jika cara aman; Duduk dan Bantah sudah tidak mahu dilayani secara adil oleh SPR, mungkin telah tiba masanya agar 'buku bertemu ruas' digunakan supaya maruah rakyat dikembalikan.

Jangan sampai SPR di humban ke dalam api kemarahan rakyat di jalanraya! Waktu itu 'jalanraya' yang banyak 'mengajar pimpinan kukubesi dalam sejarah dunia' wajar dipertimbangkan sebagai pilihan akhir.


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR /
ADUN SRI MUDA


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 23, 2012

Mungkinkah Tsunami kedua berlaku di Selangor?

BN SELANGOR MENGIMPIKAN ANGIN PERUBAHAN, YANG TIBA ADALAH TAUFAN TSUNAMI KEDUA.

Kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dalam Sinar Harian 23 April 2012 yang mengatakan Pakatan Rakyat takut kepada 'angin perubahan' yang kononnya sudah memihak kepada BN Selangor sebenarnya menandakan BN hampir lemas dilanda taufan tsunami kedua pada PRU 13 akan datang.

Saya sedia menerima pandangan beliau sekiranya Dato' Seri Noh Omar dapat mengukuhkan kenyataannya dengan statistik dan angka, ataupun sebarang isu berbangkit yang gagal diselesaikan oleh Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya yang dimegahkan adalah apabila program beliau di Taman Sentosa, dihadiri 5,000 orang.

Apakah seorang Timbalan Pengerusi BN Selangor meletakkan harapan BN Selangor hanya kerana program beliau dihadiri 5,000 hadirin?

Kalau itulah dijadikan ukuran, bagaimana pula dengan puluhan ribu rakyat Selangor yang hadir memberikan sokongan padu di setiap kali program Pakatan Rakyat di seluruh Selangor diadakan? Terbaru Karnival Terima Kasih Rakyat di Kuala Selangor bersama Dato' Menteri Besar dihadiri lebih 50,000 rakyat! Rakan media boleh mengesahkan angkanya.

Jelas ungkapan beliau menunjukkan akan kegagalan beliau mengemudi jentera BN Selangor dan saya amat bersimpata, akibat beberapa kelemahan kepimpinannya, Setiausaha UMNO Selangor Dato' Ir Zin Mohamed pula yang diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjadi koordinator BN Selangor.

Apakan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor, Dato Seri Najib Razak lebih percayakan prestasi kerja Dato' Ir Zin Mohamed yang jauh lebih baik berbanding Noh Omar yang dikenali lebih suka bercakap dari buat kerja? Sayang sekali oleh kerana Dato' Zin 'lebih lajak dari laju' maka stesen Keretapi Tanah Melayu yang merupakan tempat awam pun dipenuhi bendera BN.

Suhu prestasi BN yang cuba dinaikkan oleh Dato' Zin menurun akibat salah perkiraan!

Saya tidak mahu membuat telahan dalam masalah politik dalaman BN Selangor yang kian meruncing, cuma saya hanya ingin berpesan kepada Noh Omar bahawa angin perubahan yang melanda pada PRU 12 dahulu saya yakin telah bertiup lebih kencang menjelang PRU 13 ini. Cuma angin perubahan itu bakal mengundang taufan tsunami kedua buat BN Selangor yang masih dilihat gagal dan terkial-kial mencari rentak untuk memenangi hati dan minda rakyat Selangor.

Pendedahan pengambilan tanah secara rakus dan salah guna kuasa semasa UMNO memerintah di Tg Karang, Puchong mahupun Kota Raja telah melenyapkan terus keyakinan rakyat pada BN Selangor.

Langkah sumbang BN memperalatkan 'samseng belia' bertopengkan NGO menyerang secara ganas bagi menakutkan rakyat seperti berlaku di Jalan Kebun, Pelabuhan Klang, Ampang dan yang terbaru di Dataran Merdeka adalah tektik lapok yang sudah ketinggalan zaman. Tektik itu sama seperti dilakukn Pemuda UMNO di zaman 'Gerak Gempur' dahulu.

Negara di masa hadapan di bentuk dengan penyertaan anak muda yang bijaksana, bukan ditentukan oleh anak muda higusan yang berlagak samseng di taja BN.

Suka untuk saya ingatkan pada Noh Omar, agar dapat menumpukan perhatian di kawasan beliau di Tanjong Karang kerana melihat gerak kerja Pakatan Rakyat Selangor di Tanjong Karang semalam, tidak mustahil kita akan ada Menteri dari Selangor yang terpaksa dilantik menjadi Senator terlebih dahulu - itupun jika Putrajaya bernasib baik tidak di badai tsunami dari Selangor.

Angin perubahan yang Noh Omar dan BN harapkan berlaku di Selangor, rupanya ribut taufan melenyapkan terus BN di Putrajaya.

SHUHAIMI HAJI SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR /
ADUN SRI MUDA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Beranikah 'katak puru buncit' @dzahrain pertahan kerusi lawan @simtzetzin di Bayan Baru?

Kerusi Parlimen Bayan Baru menjadi perbualan panas di Pulau Pinang. Panas kerana wakil rakyatnya berubah bertukar menjadi 'katak puru buncit'. Hanya berani melalak di kaca TV sahaja.

Bila muncul sahaja di TV ayatnya apa? "Ini semua salah Anwar"

Bila PAS bergaduh...Anwar yg salah. Bila DAP bergaduh.. Anwar yg salah..bila PKR bergaduh..Anwar yg salah.. bila umno bergaduh..Anwar juga yg salah..bila MCA bergolak..Anwar yg salah..bila MIC bergelora..Anwar juga yg salah..bila Gerakan tak cari tak makan..ini semua salah Anwar..bila minyak naik..ini semua salah Anwar..bila mahasiswa berkampong di Dataran Merdeka..ini semua salah Anwar..mengapa perut buncit..pun salah Anwar.. pendek kata apa yg terjadi di Malaysia..semua salah Anwar..hebat sungguh insan bernama Anwar.

Berbalik kepada kerusi Parlimen Bayan Baru, beranikah 'katak puru buncit' pertahankan kerusinya menentang YB Sim Tze Tzin yang khabarnya akan dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru pada PRU 13?

Sudah hilangkah badi 'katak puru buncit' selepas kekalahan yang mengaibkannya bila beliau tewas dalam FAP? Jika dalam FAP pun mereka sudah meluat pada 'katak puru buncit', inikan pula rakyat Bayan Baru yg sudah tidak sabar melihat 'katak puru buncit' hilang wang deposit di Bayan Baru.

Beranikah 'katak puru buncit' (kawan lama Anwar 30 tahun) bertanding di Bayan Baru? Jangan pula nanti bila hilang wang deposit..apa kata 'katak puru buncit'?.."Ini semua salah Anwar"...kih kih kih..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mampukah Najib menjadi Ketua Pembangkang yg baik?

Teka teki tarikh PRU 13 masih menjadi perbualan hangat. Info dalaman mengatakan pada 11 Mei akan bubar parlimen, mengundi 9 atau 10 Jun 2012. Tetapi info semalam memberitahu kemungkinan parlimen akan bubar sebelum BERSIH 3.0 maknanya minggu ini..jika benar majoroti rakyat sudah buat keputusan..

Perbalahan team Najib dan team Muhyidin/Mahathir sudah sampai kemuncaknya. Kedua-duanya berbalah kerana mahukan calon dari team masing-masing. Hingga ada yang akan sabotaj jika calon team mereka tidak dicalonkan.
Bagus..teruskan..

Yakinlah bahawa umporno sudah sampai ajalnya..buktinya apa? Buktinya umporno sudah 'buang tebiat' nak mampos bila beri wang RM500 pada rakyat..selama negara Merdeka inilah kali pertama dan terakhir
Umporno beri duit kepada rakyat..ini buang tebiat nak mampos namanya. Rakyat akan jadikan Najib Ketua Pembangkan umno pertama di Malaysia.

Sementara itu Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.

Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun.

Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat. "Dua soalan itu pasti menjadi fokus utama takkala Najib menduduki kerusi Ketua Pembangkang. 

"Wartawan seluruh dunia inginkan penjelasan Najib yang selama ini memberitahu rakyat bahawa kerajaan pimpinannya akan kekurangan wang ataupun boleh bankrap jika mengisytiharkan penurunan harga minyak, " kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Permatang Pauh di Taman Cermai, Sama Gagah, semalam. 

Menurutnya, dua soalan itu sudah memadai untuk Najib 'kecut perut' kerana selama ini dia membohongi rakyat semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan hegemoni BN.

Adalah mustahil kata Anwar, jika pendapatan Petronas RM80 bilion setahun tidak boleh membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak. "Najib bila kena soalan itu pasti kecut perut sebab nak kata sokong takut Umno marah, (kalau) kata tak sokong rakyat marah.

"Begitu juga dengan persoalan tentang adakah negara akan bankrap kalau minyak diturunkan. Najib akan jadi serba salah, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.  

Mengulas isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anwar turut membawa contoh sikap Perdana Menteri Turki.

Menurutnya, apabila perdana menteri Turki berjaya memerintah negara, beliau membuat perubahan dengan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan berbeza dengan pemerintahan sebelum ini. Adalah satu kelemahan besar bagi perdana menteri Turki jika tidak mampu berikan pendidikan percuma pada anak bangsanya.

Namun kata Anwar, Perdana Menteri Malaysia langsung tidak timbul perasaan belas kasihan terhadap pelajar yang terpaksa menanggung hutang untuk belajar. "Perdana Menteri Turki kata dia nak letak muka di mana jika tidak boleh berikan pendidikan percuma pada rakyat sebab ramai yang berada di pedalaman Turki tidak mampu.  

"Cara hutang menghadkan rakyat yang miskin memasuki univesiti. Itu baru sikap seorang pemimpin " terangnya diikuti laungan reformasi beberapa kali. 

Turut serta berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Negara bankrap atau pemimpin umno b-end yg akan bankrap jika Pakatan Rakyat tawan Putrajaya

Umno B-End dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.

"Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.

"Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.

Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat.

Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.

Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.

"Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh negara turun.

"Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak," katanya.

Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.

Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.

"Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.

"Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?" katanya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 22, 2012

PRU 13 bakal tercatat PRU yang terkotor dalam sejarah

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa PRU-13.

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak LAPAN rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya, antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang mengandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.

Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan.  Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan sub seksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka.  Alasan ini adalah amat tidak munasabah.  Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan BERSIH diambil kira.

Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.  Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya.  Tanpa kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.

Seperti yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan.  Isu seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian lama ini.  Hal ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH 3.0 terus mara.  Kini, tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.

Selain pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau disenggarakan semasa tempoh berkempen, dan juga mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus meter.  SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai di bawah subseksyen baru.

Selain itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang "mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya"; yang akan diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.

Memandangkan proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang jelas mencabuli hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya - khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi kenyataan yang cukup menyedihkan.

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU - Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.  KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, April 21, 2012

Jom bersama Sivaji The Bos terjah Perak

Siri Jelajah Anwar Ibrahim Ke Perak 

Jom Bersih 3.0 

22 April 2012 (Ahad) 

A) Selangor 

I) 12.00 tghari – Sambutan "Vaisukhi" Bersama Masyarakat Sikh

Lokasi: Perkarangan Nanak Sar Temple, Serendah, Selangor 

B) Perak 

1) 5.00 ptg – Hi-Tea & Ceramah Umum 

Lokasi: Hotel Angsoka, Teluk Intan 

2) 7.00 ptg – Solat & Tazkirah Maghrib 

Lokasi : Surau Al-Khairiah, Kg Pisang, Batak Rabit, Teluk Intan 

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Jom Bersih 3.0 

Lokasi :  Bersebelahan Restoran Choon Kong, Langkap        

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iii. YBhg Dr Muhaimin Sulam

iv. YBhg Terence Naidu 

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Jom Bersih 3.0 

Lokasi : Dewan Lian Fah Sam Thai Choo, Malim Nawar 

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Sivakumar

iii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iv. YBhg Mustafa Kamil Ayub

v. YBhg Baldip Singh


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 20, 2012

ketua TIBAI Zahit Mat Arip pula didera dan diseksa

Rakyat masih marah apabila Mahasiswa dan Mahasiswi yang menuntut PTPTN dimansuhkan tiba-tiba diserang dan dipukul oleh samseng taik kucing di Dataran Merdeka. Tindakan samseng taik kucing itu jelas tidak bertamadun, baru keluar hutan rimba agaknya.

Terkini ketuat TIBAI (TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM) Zahit Mat Arip pula sebenarnya telah didera diseksa dan kemungkinan besar pula telah diliwat 11 kali.

Beliau sendiri yang pengakuan tersebut...video ini adalah bukti pengakuan beliau didera dan diseksa. Beliau juga berpesan "jangan percaya cakap saya bila muncul di kaca TV"

Sebenarnya mereka ini sayang pada Anwar Ibrahim sebab itulah setiap hari tanpa henti mempromosikan Anwar Ibrahim di kaca TV.

TIBAI itu makna yang tersurat "TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM" tetapi yang tersurat sebenarnya adalah "TERBAIK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM".

Jpm tengok video pengakuan beliau...





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar kecam tindakan samseng (gambar-gambar Anwar bertemu Mahasiswa di Dataran Merdeka)





Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan kepada mahasiswa semata-mata berbeza pendapat mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sambil mengutuk keras insiden serangan samseng yang dipercayai didalangi Umno-BN di Dataran Merdeka malam semalam, Ketua Pembangkang itu berkata, Malaysia bukan negara samseng yang membolehkan sesetengah pihak bertindak sesuka hati.

“Jangan gunakan kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak ini. Siapa yang memberi hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang? Ini bukan kali pertama, saya pernah diserang, Nurul Izzah hampir ditumbuk, sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

“Kali ini mahasiswa di Dataran merdeka pula diserang. Apa mereka ingat ini negara samseng? Adakah Datuk Seri Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit pun? Bukankah dia merupakan seorang ‘ayah’ kepada anak-anak ini? Apakah menteri dalam negeri boleh lepas tangan begitu sahaja?” bidas Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malam semalam, sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

Lebih mendukacitakan, polis enggan memberi bantuan walaupun balai polis bergerak terletak beberapa meter dari tempat kejadian.

Anwar mempersoalkan sikap double-standard kerajaan yang gagal bertindak tegas setiap insiden yang melibatkan penyokong Pakatan Rakyat tetapi dalam masa sama bertindak tegas apabila melibatkan penyokong Umno-BN.

“Ini bukan soal politik, ini soal jenayah.Apa kata kalau ada seorang penyokong umno yang diserang seperti itu, ia akan menjadi isu besar. Umno kena belajar berbeza pendapat dan menghormati hak masing-masing,” tegasnya.













Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/