Thursday, March 31, 2011
Wanita Keadilan Penang termakan umpan katak zahrain
Pilihanraya Sarawak bakal berlangsung bermula penamaan calon pada 6 April dan mengundi pada 16 April 2011.
Katak PKR kini sudah menjangkau 11 ekor. Di P.Pinang sahaja ada tiga ekor katak besar zahrain, tan tee beng dan fairus mantan tkm 1.
Malam ini sharpshooter baru terima maklumat bahawa katak zahrain sedang menjelir lidah buat umpan dan ada wanita keadilan p.pinang yang terpikat dan terpukau di Eastins Hotel, Queensbay Bayan Baru.
Menurut sumber maklumat, wanita tersebut akan serah borang pada rosmah najib semasa kempen pilihanraya Sarawak berlangsung.
Alasan kita boleh agak dah..jika berjuangan mahu kesenangan dan kemewahan pergi mampuslah..
Mantan ketua wanita p.pinang yang juga calon bebas Penanti, Kak Min juga difahamkan terlibat dalam operasi menangkap spesis berudu dalam wanita Keadilan.
Perjuangan ini bukan mudah sebenarnya..berbagai ujian dan dugaan perlu ditempuhi..berbagai onak dan duri wajib diharungi..
Nawaitu perjuangan perlu betul..berjuanglah kerana Allah kerana Allah itu kekal abadi.
Semoga Pakatan Rakyat akan membuatkan b-end pengsan di Sarawak..inyaAllah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Guan Eng umum bantuan segera RM200k untuk mangsa ribut
TKM 1 dan 2 turut hadir bersama mangsa ribut Flat Taman Bukit Minyak.
Gambar-gambar serta berita tentang mangsa ribut di Taman Bukit Minyak, boleh membaca dalam artikal sebelum ini bertajuk bantuan segera kepada mangsa ribut di Flat Taman Bukit Minyak.
Sekarang membawa mangsa ribut ke flat wawasan rumah sementara untuk mereka berteduh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Bantuan segera kepada mangsa ribut di Flat Taman Bukit Minyak
BUKIT MERTAJAM - Empat keluarga yang menghuni di tingkat empat Flat Tingkat Bukit Minyak, dekat sini, nyaris maut dihempap siling rumah dalam kejadian ribut, malam kelmarin.
Lebih malang, kesemua bumbung yang terbang itu turut menghempap empat buah kereta yang diparkir di hadapan flat berkenaan mengakibatkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit.
Mangsa, Mohd Saad Che Long,40, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.45 malam ketika dia sedang menonton televisyen, manakala anak dan isteri berada di koridor belakang rumah.
Menurutnya, bunyi angin kencang seakan-akan puting beliung kedengaran dari luar rumah sebelum bumbung dan siling diterbangkan angin tersebut.
“Keadaan menjadi kelam-kabut sejurus kejadian. Rumah mula dipenuhi air kerana hujan turun dengan lebat ketika itu. Saya kemudiannya bergegas membawa isteri dan anak keluar dari rumah kerana bimbang perkara sesuatu yang lebih buruk berlaku.
“Pada mulanya saya sangkakan hanya rumah saya seorang sahaja yang kena, tetapi, apabila keluar, barulah tahu tiga lagi rumah turut mengalami nasib sama,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dia berkata, kejadian bukan sahaja mengakibatkan kerosakan di kebanyakan struktur rumah, malah, perkasasan di dalamnya turut rosak.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, S Parameswary,38, berkata, kejadian ribut itu merupakan yang kedua selepas kejadian pertama lima tahun lalu.
Namun, ketika itu hanya zink bumbung sahaja yang terbang, tetapi kejadian kali ini adalah terburuk pernah berlaku.
Katanya, dia dan keluarga termasuk ibu bapa ketika itu sedang berbual di ruang tamu rumah sebelum merasakan gegaran kuat dari atas rumah.
Mereka sekeluarga panik seketika apabila siling tiba-tiba runtuh dan menghempap kepalanya dan bapa, R Subramaniam,65.
Begitupun, mujur tiada kecederaan serius berlaku, hanya mengalami kesakitan pada bahagian berkenaan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan.
“Saya tidak dapat menggambarkan keadaan ketika itu kerana semuanya berlaku sekelip mata. Hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah. Tiada apa lagi yang tinggal kerana kebanyakannya rosak teruk dihempap siling rumah. Bumbung pula terbang dan rumah kami basah dimasuki air,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan akibat dari kejadian.
Bagi Hasrulnizam Ahmad,34, pula, tiada kata-kata yang boleh menggambaran perasaannya selain bersyukur kerana masih dipanjangkan usia.
Katanya, walaupun ribut memusnahkan hampir keseluruhan rumah yang disewa sejak tiga bulan lalu itu, namun dia lega kerana dia sekeluarga terselamat dari kejadian yang hampir meragut nyawa mereka itu.
Menceritakan kembali detik cemas itu, Hasrulnizam berkata, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terdengar bunyi angin kuat di luar, tetapi tidak menyangka bumbung rumahnya akan tertanggal.
“Hujan lebat ketika itu bunyi angin pula kuat. Sejurus kemudian, bumbung tertanggal dan siling pula hampir runtuh. Dalam keadaan panik, saya menahan siling tersebut dari runtuh bagi membolehkan isteri dan anak keluar. Jika tidak, pasti kami sekeluarga terperangkap di dalam rumah.
“Buat sementara waktu, kami mungkin akan menumpang di rumah mertua. Tetapi, kejadian ini benar-benar membuatkan kami trauma,” katanya.
Tergamam nampak bumbung terbang hempap kereta
Dalam pada itu, suri rumah, Che Sham Abdullah,48, yang menghuni di tingkat dua flat berkenaan tergamam melihat bumbung terbang lalu menghempap deretan kereta yang diletakkan di hadapan flat, termasuk kereta milik suami, Abu Osman Abdullah,51.Dia yang sedang mengangkat baju dari ampaian ketika itu berkata, dia hanya mampu memerhatikan kejadian yang dianggap luar biasa itu.
“Saya dapat lihat dengan jelas bagaimana bumbung itu terbang dan terus menghempap kereta. Ketika itu, saya tergamam dan hanya mampu melihat dan beristigfar di dalam hati.
“Sejurus kemudian, barulah saya menjerit memanggil suami untuk melihat apa yang sedang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Abu Osman berkata, dia baru selesai menunaikan solat sebelum dikejutkan dengan panggilan isterinya.
Dia yang masih belum mengetahui apa yang berlaku pada mulanya hairan mendengar jiran di tingkat atas menangis.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila dimaklumkan isteri kereta mereka dan beberapa jiran lain rosak dihempap bumbung.
“Tidak dapat dibayangkan bagaimana bumbung tersebut boleh tercabut dan terbang jauh sehingga meranapkan kereta kami. Sebenarnya tujuh kereta yang terlibat, tetapi hanya empat yang teruk, manakala, tiga lagi terkena serpihan sahaja.
“Kejadian ini sungguh dahsyat berbanding apa yang berlaku lima tahun lalu,” katanya yang mengganggarkan nilai kerugian yang dialami keempat-empat kereta berjumlah RM40,000.
R Subramaniam (kanan) dan anaknya, S Arumugam memindahkan perabot selepas hampir keseluruhan rumah mereka rosak dalam kejadian ribut, malam kelmarin..
Syabas kepada Jabatan Kebajikan yang pantas bertindak setelah menerima laporan dari sharpshooter, bantuan segera RM500 kepada mangsa ribut.
Tafsiran kerugian turut dicatat oleh Jabatan Kebajikan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah. Penghulu Kawasan Encik Fuad juga pantas bertindak.
Ustaz Tajudin, Pesuruhjaya PAS Kawasan Batu Kawan turut menziarahi mangsa ribut.
TKM 2 YB Prof Ramasamy yang kini berada di Taiwan turut menghulurkan bantuan segera RM300 kepada mangsa ribut melalui wakilnya.
YB Wong Exco Perumahan dan YB Michael Tan Adun Padang Lalang turut hadir meninjau mangsa ribut. Keprihatinan serta follow up dari YB Wong selaku Exco Perumahan terhadap mangsa ribut wajar diberi pujian.Kepantasan Skuad Khas MPSP bertindak juga wajar diberi pujian. Inilah contoh terbaik yang mereka lakukan setelah menerima aduan dari sharpshooter.
Pada sebelah malamnya, mangsa ribut mengadakan perbincangan dengan sharpshooter mewakili YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah yang kini berada di Taiwan atas lawatan rasmi Kerajaan P. Pinang.
Hasil perbincangan hanya 9 keluarga sahaja yang bersetuju untuk pindah ke rumah Kerajaan Negeri sediakan di Flat Wawasan Sg Rambai.
Pada sebelah petangnya pihak PBA dan pihak TNB datang membantu selesaikan masalah air dan elektrik. Air dapat diselesaikan namun elektrik tidak dapat diselesaikan kerana semua kabel elektrik telah dimasuki air dan menyebabkan berlaku letupan di semua meter. Namun begitu lampu di semua kaki lima bangunan bernyala cuma elektrik di dalam rumah akan diusahakan keesokan hari.
Pada sebelah malamnya TKM 2 Prof Ramasamy yang baru pulang dari Taiwan terus meninjau dan menziarahi mangsa ribut. Beliau berjanji akan selesaikan segera permasalahan yang timbul.
Bomba turut hadir malam tadi untuk membuang saki baki bumbung yang amat merbahaya dibimbangi akan jatuh menimpa penghuni atau harta benda di situ.
Esok jam 9.00 pagi sharpshooter mewakili YB Ong untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Seberang Perai Tengah di Pejabat Daerah dan Tanah dan selepas mesyuarat akan membawa mangsa ribut ke Tingkat 28 KOMTAR untuk bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng yang akan membuat sidang media pada pukul 12.30 tgh dan pengumuman tentang bantuan segera Kerajaan Negeri P.Pinang untuk memperbaiki segala kerosakan bumbung dan flat Taman Bukit Minyak.
Jutaan terimakasih kepada Jabatan Kebajikan, Pejabat Daerah, JKKK Taman Bukit Minyak, MPSP, Bomba, Jabatan Perumahan, PBA dan TNB yang bertungkus lumus membantu mangsa ribut tersebut.
Semoga mangsa ribut tabah menghadapi ujian ini dan semoga apa yang terjadi membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Terimakasih pada semua yang membantu.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, March 30, 2011
Polis Apco peka atau pekak
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Alahai Nazri kenapa buat U-Turn?
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memperbetulkan kenyataannya semalam yang menyebut trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang, akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Bagaimanapun, hari ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta berkenaan kerena mereka telah mendedahkan diri mereka umum.
Beliau membuat pembetulan tersebut di Dewan Rakyat.
Semalam, Bernama melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen semalam, sebagai berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.
Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu. Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.
Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.
Berikutan itu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham semalam bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.
Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.
Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.
Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
- Bernama
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, March 29, 2011
Ribut - 10 keluarga di Taman Bukit Minyak kehilangan tempat tinggal
Sebanyak 10 buah rumah bumbung flat telah terbang dan lebih malang telah menimpa 4 buah kereta.
YB Ong Chin Wen kebetulan berada di Taiwan mengikuti lawatan Kerajaan Negeri P.Pinang sejak hari Ahad dan akan pulang pada hari Sabtu. Beliau telah bersetuju untuk memberi bantuan segera RM500 untuk satu keluarga.
Sharpshooter selaku pembantu YB terus menghubungi Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan mangsa ribut manakala Skuad Khas MPSP untuk membersih kawasan.
Malam ini semua mangsa terlibat akan berbincang di Pusat Khidmat Adun Bukit Tengah untuk menangani masalah mereka.
Mereka perlukan tempat tinggal sementara untuk membaik pulih bumbung flat rumah mereka. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Gambar-gambar mimpi ngeri bik mama najib
Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.
Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.
Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.
Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.
Ternyata penerbitan video lucah oleh kumpulan Dato T telah menaikkan semangat rakyat. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Rakyat bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikkan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan umno dan b-end. Rakyat yakin video ini didalangi dan dilindungi olah kerajaan umno b-end sebab itu Nazri dan Hishammuddin bermati-matian mempertahankan Dato T.Kemunculan video ini ibarat seketul batu yang terlalu besar dilontarkan ke dalam air yang tenang dan mengakibatkan gelombang kebangkitan ledakan reformasi ke dua selepas era reformasi 98.
Inilah igauan mimpi ngeri bik mama walaupun bik mama pernah menghabiskan wang rakyat RM100 ribu hanya untuk tidur semalaman di hotel terkemuka di Dubai. Mengapa Mat Sembab langsung tidak respon tentang video ini dan mempertahankan Dato T? Mengapa hanya Hishammuddin, Nazri dan Rais sahaja yang bermati-matian mempertahankan Dato T?
Semoga Allah memberi kekuatan dan InsyaAllah kerajaan umno b-end akan dapat ditumbangkan pada PRU13.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, March 28, 2011
Anwar wajib berhenti jika terbukti benar...
Chegubard sepentas bersama Anwar, Guan Eng dan Dato Johari Abdul di Permatang Pauh pada hari Sabtu dua hari lepas.
Kelmarin sebelah petang Chegubard memberi penerangan dan merasmikan penubuhan Keadilan Ranting Kuala Muda Cabang Kepala Batas.
Selepas itu pada sebelah malamnya Chegubard ceramah bersama Bob Lokman di Sg Seluang, Lunas. Sambutan memang amat memberangsangkan kerana isu video lucah menyebabkan rakyat cukup meluat dengan umno yang tidak mahu bincangkan masalah rakyat tentang kenaikan harga barang.
Petang ini Chegubard kini berada di Sg Tiram, Bayan Lepas di Dewan JKKK Sg Tiram dan malam ini Chegubard akan sepentas bersama Mat Sabu di Sg Petani.
Blogger Hijat Panjang "hentam sajalah labu.." turut hadir, beliau baru keluar Hospital Pantai.
Chegubard yang telah menonton video sebanyak dua kali cukup yakin bahawa hero porno dalam video lucah tersebut bukanlah Anwar Ibrahim.
Sebagai anak muda yang dididik dalam reformasi yang cukup tegas, benar kata benar, fitnah kata fitnah, Chegubard sebelum menonton berkata jika benar lelaki tersebut Anwar, Anwar wajib letak jawatan tetapi setelah menonton dua kali, Chegubard cukup yakin, bahawa lelaki dalam video itu bukanlah Anwar.
Ini adalah fitnah jijik yang cukup jahat untuk mengaib dan menjatuhkan Anwar. Semoga Allah memberi kekuatan dan membuktikan kebenaran.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
OTAK anda masih waras? sila baca dan teliti dengan waras...
Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhirnya gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.
Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Judy Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan. Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib.
Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya? Supt Judy cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat. Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008? Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008.
Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar? Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.
Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?
Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki bontot?
Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil iaitu pada 28 Jun. Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Judy Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?
Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat. Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat). Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor. Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.
Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja. Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan? Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Judy.
Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan? Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut. Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.
Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'. Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan. Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar.
Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad. Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.
Anda pergilah tanya kepada mana-mana peguam, bolehkah hakim yang telah membuat keputusan menolak bahan bukti tetapi minggu berikutnya menukar keputusannya untuk menerima semula bahan bukti tersebut. Hakim yang sama tidak boleh buat keputusan seperti itu kecuali oleh hakim yang lain bukan hakim yang sama. Tetapi apakan daya Malaysia Boleh dan dunia sedang tertawakan Mahkamah Malaysia.
Dan kini Video salahlaku seks yang diterbitkan oleh 3 stooges yang mulanya dikenali sebagai Dato' T. Semua tertanya tanya siapa Dato' T hinggalah mucul 3 stooges ini di media. Sehari sebelum tu 'Dato T' ini mengatakan dia diarahkan oleh 'Anwar Ibrahim' untuk mengambil jam tangan yang tertinggal lepas buat 'projek' ngan wanita cina. Selepas diketahui identiti 'Dato T' ini, satu soalan yang budak tadika pun boleh terfikir nak soal pun terbit dari minda.
"Bila masa 3 stooges ni bekerja dengan Anwar Ibrahim?" Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.
Kalaulah benar-benar Dato T yang bawa Anwar dan beliau tahu ketika itu Anwar sedang berzina dengan amoi, mengapa tidak dilaporkan sahaja kepada pegawai Agama untuk terus menangkap Anwar yang sedang berzina dengan amoi ketika itu....baru gempar dan gegak gempita dunia...barulah ketika itu Anwar tidak boleh bagi apa alasan sekali pun....barulah Anwar boleh dihukum kerana berzina dan sudah pasti PAS tidak sanggup berimamkan dengan seorang penzina.
Mengapa harus nak buat perangkap video? hitam putih pula tu...kalaulah P.Ramlee masih hidup dia pun terkejut...filem Hang Tuan lakonan P.Ramlee pun sudah ada warna...manalah punya pengarah malaun bahlol yang buat cerita fitnah ini...hanya semata-mata mahu malukan Anwar dan menjatuhkan Anwar kerana mereka cukup yakin Anwar akan jadi Perdana Menteri berdasarkan semua laporan risikan yang mereka terima.
Pendedahan video Mohamad Mahti bekas pengawal peribadi Megat Junid membongkar rahsia sebenar Dato T. Jika benar Dato T sudah buat rancangan awal dan Anwar memang kaki liwat dan perempuan, sudah pasti Anwar masuk perangkap dato T.... siap bawa pegawai agama, polis siap dengan wartawan sekali...
Adakah amat malang sekali rakyat di Malaysia, jika semua masalah kenaikan harga barang, harga petrol, isu rasuah dan sebagainya semuanya boleh selesai dengan tayangan video lucah..adakah begini cara 1 Malaysia sebagai negara Islam contoh terbaik di dunia seperti yang najib rosmah war-warkan?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/