TUNIS, 20 Mac — Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan "orang awam", dakwa televisyen kerajaan hari ini.
Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.
Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).
Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.
Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain.
Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.
Sharpshooter - Kita kecam Gadaffi yang membunuh rakyat Libya kerana bangun menentangnya tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak setuju Amerika serang Libya seperti mana yang pernah berlaku di Iraq.
Amerika memang cukup licik memainkan peranannya hingga hampir semua negara di dunia masih dalam cengkaman Amerika walaupun sudah merdeka termasuk Malaysia.
Itulah kuasa besar Amerika di dunia yang hingga kini tidak ada negara yang mampu menggugatnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sultan Pahang Titah Kerajaan Kurangkan Retorik, Percepatkan Projek Tembatan
Banjir Di Negeri Ini
-
*TEMERLOH:* Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah hari ini menitahkan agar kerajaan mempercepat projek tebatan
banjir.
T...
13 hours ago