Jika kita lihat dan dengar ceramah Umi Hafilda, sudah sampai masanya Azmin perlu bersihkan namanya dan isterinya serta nama Anwar Ibrahim dari segala tuduhan oleh adik kandungnya sendiri. Pendedahan adik kandungnya sendiri tentang skandal isteri Azmin Ali, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim ternyata berjaya mempengaruhi sebahagian besar orang Melayu.
Ini bukan soal politik tetapi ini soal maruah sebagai seorang suami, alangkah dayusnya seorang suami jika membiarkan isterinya dituduh sebegitu rupa oleh adik kandungnya sendiri di depan rakyat tanpa kita mengambil apa-apa tindakan.
Sebab itu, sudah sampai masanya Azmin perlu bersihkan namanya, isterinya Shamsidar dan Anwar Ibrahim dengan menyaman adik kandungnya sendiri, Umi Hafilda.
Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh pinggirkan hukum Islam, jika menurut hukum Islam, Umi Hafilda juga wajib sediakan empat orang saksi lelaki yang adil. Jika beliau gagal menyediakan 4 orang lelaki saksi yang adil, maka Umi Hafilda akan dikenakan hukuman Qazaf.
Apa itu Hukum Qazaf?Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq.
Firman Allah swt yang bermaksud, "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq."Surah an-Nur:4
Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil ; Allah swt telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini. i) Sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan.ii) Jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya.iii) Allah melevelkan mereka ini sebagai orang yang fasik.Nanti ada yang bertanya, mengapa sharpshooter tuduh pak menteri rogol amah tanpa 4 orang lelaki saksi yang adil?
Sharpshooter hanya copy & paste laporan harakah daily di
sini. Tetapi yang disaman sharpshooter yang sekadar tukang lapor, tetapi tak pa lah...kita lawan di mahkamah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/