SharpShooter Followers

Thursday, March 24, 2011

Petang ini pendedahan panas Chegubard


Selepas sebutan kes Mahkamah pada hari Isni yang lalu, Sharpshooter dan Chegubard serta sahabat-sahabat dari Negeri 9 bergegas ke Seremban untuk pulang ke rumah Chegubard, dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Chegubard dihujani dengan panggilan dari wartawan yang menceritakan tentang mereka dipanggil untuk menonton video lucah yang "kononnya" aksi terlampau Anwar Ibrahim.

Hari itu memang gegak gempita dengan kemunculan video tersebut. Pada sebelah petang selepas Asar, Sharpshooter dan Dio Sani menghantar Chegubard ke Kuala Lumpur kerana Chegubard akan dibawa menonton video lucah tersebut.

Setelah pendedahan panas punggung penglibatan Rahim Tamby Chik oleh YB Dato Johari Abdul, Rahim Tamby Chik dan Dato T turut buat sidang media tergempar kelmarin.

Hari ini Chegubard pula akan mendedah penipuan penipuan video seks yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini.

Selain Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, Badrul dalam kiriman mesej pesanan ringkas (SMS) kepada KeadilanDaily menyatakan beliau adalah antara yang 'berpeluang' menonton video berkenaan.

"Saya nak dedahkan yang saya dibawa (me)tonton video itu, dedah siapa yang saya jumpa sekali dalam bilik hotel dan banyak data lain.

"Rahim TC (Tamby Chik) menipu dalam PC (sidang media) semalam," kata Badrul.

Sidang Media Tergempar akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur. Tepat pada jam 3.45 ptg hari ini !


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/