Video ini memaparkan beberapa temubual dengan waris warga emas selepas mereka menerima cek RM1,000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beberapa penerima kelihatan sebak dan sedih apabila teringat pemergian ibu/bapa atau isteri/suami mereka. Tetapi mereka memberitahu bahawa bapa/ibu/suami mereka berasa gembira dan rasa sumbangan mereka telah dihargai oleh orang bila mereka mendaftar program warga emas.
Statistik terkini waris warga emas P.Pinang yang menerima RM1,000 adalah seramai 2,537 orang. Takziah diucapkan kepada keluarga yang telah kehilangan orang tersayang.
Sementara itu wang warga emas yang telah dikutip oleh umno tahun lalu yang kononnya duit judi hingga kini masih tidak diserahkan kepada kerajaan negeri. umno gagal menyediakan nama warga emas.
Kita minta senarai nama dari umno supaya nama mereka dipotong untuk bayaran pada tahun ini yang akan diserahkan pada bulan April tetapi umno gagal hingga kini.
Sian warga emas melayu P.Pinang yang telah ditipu oleh umno dari dulu kini dan selamanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/