SharpShooter Followers


Friday, April 08, 2011

AMKPP Ucap Takziah kepada Keluarga Ahmad Sarbani

AMKPP Ucap Takziah kepada Keluarga Ahmad Sarbani

8 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yakni Penolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kami dari AMK Pulau Pinang mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dikurniakan ketabahan buat keluarga Allahyarham.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah. Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyokong penuh supaya satu Suruhanjaya Diraja terus ditubuhkan memandangkan dengan imej SPRM dan PDRM yang berada di tahap paling kritikal dalam sejarah tanah air, oleh itu dengan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja diharapkan sedikit sebanyak dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem eksekutif negara.


Sekian, terima kasih.

AMIR HJ. GHAZALI
Ketua,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone