SharpShooter Followers


Friday, April 15, 2011

Malam akhir di Julau Dun Meluan

Malam ini adalah malam terakhir kempen di Dun Meluan.

Malam ini calon Meluan Dr John Brian Anthony bersama masyarakat Cina mengadakan jamuan makan malam di bawah Bilik Gerakan Utama di Julau.

Pada awalnya ia dirancang di gelanggang bolajaring tetapi Majlis Daerah Julau dan Maradong tidak benarkan. Tetapi mereka benarkan pula untuk calon b-end buat majlis makan malam semalam.

Namun begitu ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Masyarakat Cina di Julau kesal dengan sikap tidak adil dan berjanji akan mengundi Dr John Brian Anthony pada esok hari sebagai balasan.

Semoga Dr John Brian Anthony akan ditabalkan sebagai wakil rakyat baru di Dun Meluan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone