SharpShooter Followers

Wednesday, April 20, 2011

Mamak Penang cabar KIMMA tunjuk bukti


Kenyataan Media


Isu : BUKTIKAN Pembangkang pernah tawar RM 55 juta kepada KIMMA.

Berdasarkan petikan akhbar (Utusan Malaysia ; Isnin 18 April 2011 (Dalam Negeri) m/s 6


Terima kasih kepada semua Rakan Media yang sudi hadir pada petang ini untuk kita sama-sama meneruskan perjuangan ke arah menyuburkan demokrasi dan melahirkan Malaysia yang baru yang bebas dari fitnah,rasuah, pembohongan, kekejaman dan ketidakadilan.


Susulan kenyataan media oleh Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Datuk Syed Ibrahim Kader yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia Isnin 18 April 2011 (Dalam Negeri) m/s 6,


PKR Cabang Jelutong mencabar Datuk Syed Ibrahim Kader, jika benar beliau seorang yang jujur dan ikhlas seperti yang diungkapkan, beliau perlu tampil ke depan untuk melakukan dan menjawab tiga perkara berikut :


1. Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan imbuhan RM 55 juta kepada beliau.


2. Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kepada Pengerusi KIMMA Negeri di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan.


3. Jika benar dakwaan ini, mengapa beliau mengambil masa yang lama setelah beberapa tahun untuk tampil mendedahkan perkara ini. Apakah ada sesuatu yang tersirat disebalik pendedahan ini ?


PKR Cabang Jelutong menasihatkan kepada Datuk Syed Ibrahim jangan berpolitik seperti “gasing tiada paku” kerana ianya akan merugikan beliau dan KIMMA itu sendiri.


Jangan biarkan diri sendiri dan KIMMA diperalatkan oleh UMNO Barisan Nasional demi kepentingan politik sempit mereka.


Beliau juga harus sedar bahawa pada zaman pemerintahan Tun Mahathir KIMMA tidak diktiraf sebagai Parti Komponen Barisan Nasional.


Tetapi sekarang apabila UMNO Barisan Nasional berada dalam keadaan yang tenat, KIMMA diterima dan diberi kelulusan permit untuk membawa masuk pekerja asing dari India dan Bangladesh.


Apakah ini satu perancangan jahat yang licik untuk memastikan PRU 13 kekal milik UMNO Barisan Nasional ?


Ubah Sebelum Parah ! Ubah Demi Maruah ! Ubah Sekarang !

Selamatkan Malaysia !


Sekian terima kasih.















Setiausaha PKR Cabang Jelutong


djkhairil@gmail.com




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/